Monday, 14 March 2022

PANTAI KONINGAM KAMPUNG BAHARU PORT DICKSON

  
Daerah Port Dickson terkenal sebagai destinasi pantai peranginan sejak dahulu lagi. Biasanya apabila disebut pantai peranginan di Port Dickson, maka tergambarlah Pantai Teluk Kemang yang menjadi tumpuan pengunjung. 
 
Namun, hakikatnya bukan sahaja Teluk Kemang yang sesuai dilawati, namun boleh dikatakan semua tempat sepanjang pantai di daerah Port Dickson dikategorikan sebagai cantik menarik. 
 
Antara pantai yang menarik di Port Dickson yang cantik, namun belum dikenali ramai ialah Pantai Koningam. Pantai Koningam terletak di Kampung Baharu. 
 
Kawasan ini amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga kerana tidak sibuk dengan pengunjung. Sesuai juga untuk berkhemah dan mengadakan BBQ.

No comments:

Post a Comment