Saturday, 19 March 2022

CINA KELANTAN MESRA DENGAN SEMUA BANGSA

  
Di Kelantan hampir tidak wujud jurang perbezaan antara kaum. Semua kaum berganding bahu dalam aktiviti yang mendatangkan kebaikan bersama. 
 
Cuba lihat gambar. Tentu nampak wanita tidak bertudung. Jangan salah sangka. Itu bukan perempuan Melayu atau orang Islam. Wanita itu bukan beragama Islam dan hukum agama yang dianuti tidak mewajibkan menutup rambut. 
 
Wanita berketurunan Cina itu bersama-sama dengan rakan Melayu menyusun dan mengisi makanan kering ke dalam beg untuk diagihkan kepada mangsa banjir. 
 
Pada program tersebut, dia satu-satunya bukan Melayu. Dia tidak kekok atau berasa keseorangan dalam melakukan perkara itu. Dia sedar, rakan-rakan Melayu yang lain tidak mendiskriminasi terhadapnya. Pak lebai dan pak haji pun ada bersama. 
 
Inilah yang kita harapkan bentuk kerjasama dan hubungan kaum di Malaysia. Kita berlainan bangsa dan agama, tetapi kita semua mendokong inspirasi Keluarga Malaysia. 
 
Program agihan makanan kering itu dilaksanakan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan yang mendapatkan bekalan dari Bank Makanan Asnaf (Asnaf Foodbank). 
 
Bank Makanan Asnaf dikendalikan oleh Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan. 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan secara berterusan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mereka memerlukan. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021

No comments:

Post a Comment