Taat
kepada pemimpin atau pemerintah sama tarafnya dengan taat kepada ibu dan bapa
selepas Allah dan Rasul. Taat kepada Allah dan Rasul tiada hadnya, tetapi
taat kepada pemimpin termasuk ibu bapa ada hadnya.
Sabda Rasulullah bermaksud: “(Wajib)
dengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap orang Muslim pada apa yang ia
suka dan ia benci, selagi mana ia tidak diperintah melakukan maksiat, apabila
ia diperintah melakukan maksiat, maka tiada lagi dengar dan taat.” (Hadis riwayat
Bukhari)
Maksudnya
kena kekal taat pemerintah dalam perkara kebaikan dan tidak wajib taat dalam
soak mendatangkan keburukan. Inilah had ketaatan manusia kepada manusia lain,
termasuk kepada ibu bapa.
Jika
bapa atau ibu perintahkan anaknya minum arak atau ambil dadah, tidak wajib anak
itu mentaatinya.
Namun
begitu tidak gugur ketaatan kepada pemerintah atau ibu bapa, jika kedua-duanya
melakukan dosa.
Contoh
mudah, ibu atau bapa minum arak, maka sebagai anak wajib mentaati dan
menghormati ibu bapanya biarpuan mereka telah melakukan perkara dosa.
Perbuatan
dosanya, adalah dosanya kepada Allah. Berbeza kalau di samping minat makan
rasuah dia perintahkan rakyatnya makan atau beri rasuah. Maka dalam hal rasuah
ini sahaja yang rakyat tidak boleh taat. Perintah dalam hal-hal kebaikan lain
perlu dipatuhi.
No comments:
Post a Comment