Aliran
air Sungai Kelantan membentuk delta di muara berhampiran pantai. Berpuluh-puluh
pulau terbentuk yang dari segi pentadbiran terletak di jajahan Kota Bharu dan
Tumpat.
Di
sebelah Kota Bharu, pembentukan pulau tidak ketara dilihat kerana ia hanya
dipisahkan oleh sungai-sungai kecil dan kesemua pulau itu dihubungi dengan
jambatan yang boleh dilalui kenderaan.
Manakala
di sebelah Tumpat pula terdapat 33 pulau yang sebahagian besarnya dipisahkan secara
jelas oleh sungai yang luas. Untuk pergi ke pulau-pulau tersebut perlu
menggunakan bot.
Terdapat
dua jeti utama untuk ke pulau iaitu Jeti Kok Majid, Tumpat ataupun Jeti Kuala
Besar, Kota Bharu.
Pulau
Haji Nik Mat salah satu daripada 33 pulau yang terdapat di delta Sungai
Kelantan sebelah jajahan Tumpat. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau
yang didiami, termasuk Pulau Pantai Haji Nik Mat.
Pulau
lain yang didiami ialah Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Teluk
Renjuna dan tujuh pulau lain.
Masa
menaiki bot dari Jeti Kok Majid ke Jeti Pulau Haji Nik Mat mengambil masa
kira-kira 10 minit. Begitu juga dari Jeti Kuala Besar.
Kanak-kanak
di Pulau Haji Nik Mat bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru dan
bersekolah menengah di beberapa sekolah menengah di jajahan Tumpat mahupun Kota
Bharu.
Suasana
di Pulau Haji Nik Mat damai dengan suasana kampung tanpa kenderaan, kecuali
kedengaran enjin bot dan motosikal.
Hubungan
sesama penduduk amat harmoni, saling menghormati dan bantu membantu antara satu
sama lain.
Penduduk
Pulau Haji Nik Mat mendapat bekalan elektrik sepenuhnya dari TNB dan sumber air
bersih dari Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad.
Liputan
internet juga dinikmati penduduk kampung disediakan syarikat
telekomunikasi.
Penduduk
mendapat kemudahan kesihatan di Klinik Kesihatan Pulau Teluk Renjuna yang tidak
jauh dari situ dan boleh dihubungi menggunakan kenderaan motosikal.
Namun,
rata-rata keluarga yang mempunyai motobot sendiri lebih gemar menggunakan kenderaan
itu untuk ke klinik kena Jeti Pulau Teluk Renjuna terletak berhampiran Klinik
Pulau Teluk Renjuna.
Dengan
kata lain, penduduk Pulau Haji Nik Mat tidak tersisih dari segi kemudahan awan,
kecuali tidak dihubungi melalui jalan darat dari tanah besar.
No comments:
Post a Comment