Bukit
Kutu terletak di Kuala Kubu Bharu, berhampiran Kampung Pertak iaitu sebuah
perkampungan Orang Asli kira-kira 31 kilometer dari Kuala Lumpur.
Bukit
Kutu mempunyai ketinggian pada paras 1,053 meter dari aras laut. Dengan
ketinggian melebihi 1000 meter, Bukit Kutu boleh dianggap sebagai ‘gunung’
berdasarkan ketinggiannya.
Sesuatu
yang menarik di Bukit Kutu ia turut mempunyai pelbagai khazanah dan kesan
peninggalan sejarah era pemerintahan British pada suatu ketika dahulu.
Era
pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu membawa kepada pembukaan pusat peranginan
atau pertanian di kawasan tanah tinggi. Penerokaan dan pembukaan tanah tinggi
dikaitkan dengan hasrat pegawai Inggeris yang ingin menikmati susana cuaca
sejuk seperti di tempat asal mereka.
Salah
satu lokasi tersebut ialah Bukit Kutu atau dahulunya dikenali Treacher's Hill.
Nama
Treacher’s Hill adalah sempena Sir William Hood Treacher yang menemui tempat
ini pada tahun 1893 dan menurut sejarah, Sir WH Treacher, telah berkhidmat
sebagai Residen British di Selangor dari 1892 hingga 1896.
Di
puncak Bukit Kutu terdapat dataran yang menjadi 'kompleks' penempatan dan
pentadbiran.
Ketika
zaman kolonial British, puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera
British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang
Dunia Kedua.
Keseluruhan
binaannya telah rosak dan runtuh serta ditumbuhi semak-samun dan pohon rimba.
Kini,
yang masih kekal hanyalah bahagian tiang, lantai, rangka bangunan dan tangga
serta cerobong asap dan dua buah perigi lama yang salah satunya masih boleh
digunakan dan masih terdapat sumber air di dalamnya.
Bukit
Kutu kini menjadi lokasi kembara berjalan kaki (hiking) atau pendakian yang semakin terkenal. Selain mencabar
kekuatan fizikal dan minda, pendaki juga dapat melihat tinggalan sejarah itu.
Jika
mendaki pada awal pagi, berpeluang melihat awan karpet yang beralun, tiupan
angin bayu sejuk dan sang suria mula menampakkan dirinya sedikit demi sedikit.
Selain
itu pendaki berpeluang melihat dengan jelas keindahan panorama alam semula jadi
yang bertemankan kepelbagaian flora dan fauna.
No comments:
Post a Comment