Tidak
semua perkara yang kita harapkan akan tercapai. Lain yang diharapkan, lain pula
yang dapat. Mungkin
yang dapat itu lebih baik daripada yang diharapkan. Dan tidak kurang juga
membawa kepada kerugian dan kecelakaan.
Kalau menahan pukat sudah pasti yang diharapkan mengena atau melekat di pukat adalah ikan, bukan ular sawa atau binatang lain.
Kita
hanya mampu merancang, sedangkan Allah yang menentukan segala-segalanya. Jadi,
kita jangan mudah merasa kecewa apabila yang diusahakan tidak berjaya seperti
yang diharapkan.
Hidup
ini satu ujian. Hanya mereka yang tabah dan cekal sahaja mendapat apa yang
diimpikan akhirnya.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah,
ayat 216).
Sesiapa memahami maksud ayat al-Quran itu pasti menerima apa juga yang terjadi
kepadanya. Itulah dinamakan beriman kepada Qada dan Qadar.
Apa
yang penting kita beusaha mengikut apa yang sepatutnya. Melakukan persiapan dan
persediaan yang seadanya. Memulakan langkah dengan penuh yakin dan pengharapan
hanya kepada Allah.
Jika
kegagalan dialami, itu adalah pengajaran dan peringatan yang perlu dijadikan peringatan
dalam mengatur langkah seterusnya. Perbaiki diri dan bangkit untuk menjadi terus
baik dan berjaya.
Hidup
tidak terhenti dengan satu kegagalan, tetapi ia satu permulaan kepada jalan
menuju kejayaan.
Gambar sekadar
hiasan.
No comments:
Post a Comment