Thursday 4 February 2021

KERETA LEMBU TRADISI LAMBANG KEMEGAHAN MELAKA

 
Kereta lembu merupakan kenderaan dua roda yang ditarik oleh lembu. Ia merupakan pengangkutan yang digunakan sejak masa silam lagi di kebanyakan tempat di dunia. 
 
Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka. Diperkenalkan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar India. 
 
Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai “Wagon” di Amerika pada zaman dahulu yang ditarik oleh kuda. Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang. 
 
Pada masa kini, ia digunakan terutama sebagai tarikan pelancong. Kereta lembu yang membawa penumpang biasanya dilengkapi atap sebagai perlindungan daripada terik matahari dan hujan dan ia sering kali dicat dengan warna terang dan ceria. 
 
Kini, penggunaan kereta lembu tidak digalakkan di kawasan bandar kerana ia boleh menyebabkan kesesakan lalu-lintas. Walau bagaimanapun ia tetap digunakan di kawasan-kawasan luar bandar untuk mengangkut padi, kayu api, rumput, perabot dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment