Monday, 30 November 2020

SAYUR ZUCCHINI KAYA KHASIAT

Kebelakangan ini macam-macam jenis tumbuhan, sayuran dan buah-buahan yang asing sebelum ini mula diperkenalkan di negara kita. Ia bukan sahaja diimport, tetapi ditanam di negara kita.

Salah satunya ialah sejenis buah sayur yang dikenali zucchini. Sayur ini dikatakan berasal dari tempat atau negara berhawa dingin. 

Di Malaysia ia ditanam di Cameron Highlands yang berhawa sejuk. Namun, ia juga boleh tumbuh subur di tempat-tempat lain asal kena cara penjagaannya.

Zucchini, sering disangkakan sebagai timun kerana rupa dan bentuknya yang seakan-akan sama. Ia turut dikenali sebagai timun Jepun kerana masyarakat negara itu menggunakannya sebagai menu seharian.

Zucchini boleh dimasak pelbagai cara. Untuk mudah difahami, anggap sahaja ia seperti labu air atau timun jepun.

Zucchini kaya serat, protein, karbohidrat, vitamin C, B6, mangan, riboflavin, potassium, folat, dan vitamin K. 

Zucchini berwarna hijau dan kuning.

Pelbagai manfaat boleh didapati daripada sayuran ini. Rasanya yang enak dan rangup sesuai dijadikan hidangan enak.

Berikut antara manfaat sayuran ini:

Mencegah dehidrasi. Sebanyak 95 peratus daripada zucchini adalah air. Air berfungsi untuk menjaga keseimbangan tubuh dan mencegah dehidrasi. Jadi untuk mereka yang sukar minum air putih 2 liter sehari, zucchini juga boleh dijadikan alternatif kudapan sihat.

Menjaga kesihatan mata. Sayur ini mengandung vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan mata.

Mencegah sembelit. Zucchini dapat memberi penyelesaian kerana serat yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya sebagai salah satu alternatif pencegah sembelit.

Meningkatkan sistem imun. Zucchini kaya antioksidan yang mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

Meningkatkan kesihatan lelaki. Penyelidikan terdahulu mengatakan sayur ini mampu mencegah risiko terjadinya Benign Prostatic Hyperthropy. Salah satu penyakit yang biasa disebut dengan BPH ini adalah gangguan seksual lelaki. Cuba makan zucchini secara teratur untuk menjaga kesihatan seksual.

Mencegah radang. Radang yang berlaku pada tubuh lebih lagi dalam tempuh lama tentu membuatkan badan tidak selesa. Kandungan asid lemak omega-3 dalam sayur ini diketahui memiliki kemampuan dalam mencegah peradangan. Jadi, sangat dianjurkan untuk mengambil zucchini secara teratur.

Mencerdaskan otak. Asid folat sudah diketahui mampu meningkatkan kemampuan otak. Oleh kerana saiz zucchini kecil, ia sesuai dimakan kanak-kanak sebagai alternatif kudapan sihat.

Mencegah hipertensi. Kandungan kalium dan magnesium telah ditemui dalam zucchini dan kedua-dua mineral ini berperanan dalam mengawal tekanan darah tubuh. Bagi mereka yang memiliki hipertensi, amat baik jika memakan sayuran ini.

Mencegah penuaan awal. Antioksidan yang terkandung dalam sayur ini memiliki banyak manfaat. Salah satunya adalah mencegah radikal bebas dalam tubuh, bagi mereka yang bimbang dengan kondisi kulit, cuba memakannya secara teratur. Zucchini mampu mencegah penuaan awal.

Manfaat sebagai anti kanser. Kandungan glukosilonat dalam zucchini mampu menurunkan kesan daripada gejala kanser.

Mencegah diabetes. Zucchini mampu mengatasi diabetes jenis 2 jika diambil secara teratur. Kandungan vitamin B-kompleks dibantu dengan zink dan magnesium akan mengurangi kadar gula berlebihan dalam darah.

Mencegah osteoporosis. Semakin bertambah umur, semakin berkurang pilihan menu makanan. Ini kerana keadaan organ yang mulai berkurang fungsinya, terutama tulang.

Menjaga kesihatan jantung. Banyak vitamin yang terkandung dalam sayur ini menjadikannya makanan kaya khasiat. Kandungan vitamin K berperanan aktif dalam menjaga kesihatan jantung.

No comments:

Post a Comment