Kegunaan
dan khasiat umbisi atau ubi kunyit tentu banyak orang mengetahuinya. Kunyit banyak
digunakan sebagai ramuan dalam masakan dan manfaat untuk kesihatan.
Kajian
telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan,
antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, antiketumbuhan dan
penyembuh luka.
Namun,
mungkin ada yang belum tahu akan kegunaan dan khasiat bunga kunyit.
Bunga
kunyit tumbuh atau keluar di celah pelepah daun kunyit. Biasanya berwarna putih
atau kuning. Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling
dalam satu induk.
Bunga
kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah dicicah dengan sambal,
budu dan bahan pencicah yang lain. Ia juga sesuai dihiris halus atau kecil dan
digaul bersama jenis ulam lain sebagai perisa nasi kerabu dan laksa.
Bunga
kunyit mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang
berpantang selepas bersalin. Ia dapat mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.
Bunga
kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan
semula jadi luar dan dalam.
No comments:
Post a Comment