Membaca
tajuk di atas tentu banyak yang tidak faham. Perkataan ‘POS’ adalah merujuk
kepada Prosedur Operasi Standard (POS) iaitu terjemahan daripada perkataan Inggeris
Standard Operating Procedure (SOP).
Tidak
kisahlah POS atau SOP yang ingin digunakan. Tulisan kali ini ingin mengutarakan
mengenai POS masjid lawan POS kompleks beli-belah atau banyak orang mudah faham
jika ditulis SOP masjid vs SOP shopping mall.
Masih
banyak orang mempertikaikan mengenai POS aktiviti di masjid yang dikatakan
ketat berbanding dengan POS di kompleks atau pusat beli-belah yang didakwa
lebih longgar. Maka, ada pihak yang mendakwa wujud diskriminasi POS antara
kedua-dua tempat itu.
Sebenarnya
semua POS berkaitan pencegahan COVID-19 adalah sama, iaitu perjarakan fizikal
dan memakai pelitup separuh muka. Jadi, apa bezanya?
Sebenarnya,
mereka yang mempertikaikan mengenai POS aktiviti di masjid, bukanlah individu
yang kerap pergi ke masjid. Individu yang pergi masjid tidak akan mempertikaikan
POS aktiviti di masjid kerana yang taat kepada Alllah, taat kepada Rasulullah
dan taat kepada pemimpin.
POS
masjid tidak halang untuk ke masjid. Masih boleh melakukan sembahyang berjemaah
di masjid biarpun bilangan jemaah dikurangkan.
Kalau
berkaitan halangan mengadakan kuliah agama, perkara sama berlaku untuk pelajar
sekolah dan universiti sehingga kedua-dua institusi berkenaan ditutup terus.
Untuk
menuntut ilmu agama boleh dilakukan di mana-mana. Membaca buku pun dikira menuntut
ilmu. Melihat siaran langsung yang banyak di media sosial pun dikira menuntut
ilmu. Banyak pilihan untuk menggantikan kuliah Maghrib mahupun kuliah Subuh
yang biasa diadakan di masjid.
Agama
Islam itu mudah dan tidak menghalang untuk penganutnya mengumpul pahala dalam keadaan
apa keadaan sekalipun. Mematuhi POS aktiviti masjid pun dikira pahala.
Sebenarnya,
dalam keadaan serangan COVID-19 ini umat Islam berpeluang mengumpul lebih
banyak pahala. Reda dan bersabar dengan dengan ujian COVID-19 juga mendatangkan
pahala. Ikut POS, tidak kisahlah POS di mana sekalipun, itu juga mendatangkan
pahala.
Tentu
sahaja POS yang ditetapkan oleh kerajaan bukan dibuat-buat tanpa tujuan atau
untuk menyusahkan rakyat. Apa yang ditetapkan telah dikaji baik dan buruknya.
Jadi,
ikutlah POS yang ditetapkan, kerana dengan berbuat demikian anda sedang
melakukan perkara yang mendatangkan pahala.
Dan,
tentulah pahala yang lebih besar dan utama diperoleh mereka yang bertugas di
barisan hadapan dengan ikhlas dan tabah semata-mata kerana Allah. Mereka ini sedang
berjihad di jalan Allah.
Terima kasih kepada pemimpin yang terus istiqamah menyediakan segala POS dan usaha bagi memastikan kita menang terhadap COVID-19. Rakyat yang tidak bersyukur sahaja akan mempersoalkan usaha kerajaan menyelamatkan rakyat dari terus menjadi mangsa musuh yang tidak kelihatan ini.
Kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, anda adalah panglima perang terbesar abad ini.
No comments:
Post a Comment