Masalah
bateri kereta lemah dan kereta tidak mampu dihidupkan kerap dialami. Hal ini
menjadi masalah besar, terutama jika tidak terdapat bateri baru sebagai ganti, sedangkan
kereta tidak dapat dihidupkan tanpa bateri.
Kalau
kereta ‘manual’ boleh diusahakan dengan menolak kereta dan kemudian dimasukkan
gear. Namun, kaedah tersebut tidak dapat dilakukan terhadap kereta ‘automatik’.
Kaedah
biasa digunakan untuk meghidupkan kereta lemah bateri itu ialah melalui cara
'jumper' iaitu dengan bantuan bateri dari kereta lain.
Prosuder
jumper perlu dilakukan mengikut kaedah betul untuk mengelak kerosakan bateri
kedua-dua kereta dan mungkin juga sistem elektronik kereta.
Berikut
cara-cara untuk melakukan jumper bateri dengan betul dan selamat:
-
Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi
pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.
-
Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah)
bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya
anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua
kenderaan.
-
Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
-
Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi
automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
-
Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta bateri lemah kepada
terminal (+) bateri kereta membantu. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang
membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di
terminal (-) kereta dibantu.
-
Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.
-
Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.
PERHATIAN - Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan
sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup dan seterusnya kebakaran
pada bahagian enjin kereta.
Satu lagi cara untuk hidupkan kereta berbateri lemah ialah:
-
Tukar bateri lemah tadi dengan bateri yang lebih berkuasa.
-
Hidupkan kereta sehingga berjaya dihidupkan.
-
Bila kereta sudah dihidupkan, cabut bateri yang berkuasa tadi dan pasangkan
semula bateri yang lemah tadi.
-
Kereta anda tidak akan mati semasa proses penukaran bateri kerana semua kuasa
selepas kereta dihidupkan atas tanggungan alternator.
PERHATIAN:
Berhati-hati jangan tersilap meletakkan bahagian positif dan negatif, risikonya
adalah alternator anda akan terbakar.
No comments:
Post a Comment