Destinasi pelancongan yang lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.
Air hangat yang mengalir ini mengandungi sulfer atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya baik untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat ‘wadding pool atau bekas air hangat.
Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian.
Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan. Sebab itu banyak orang datang berulang kali untuk berendam di dalam kolam air hangat.
La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.
"bantingtravel.blogspot.com
ReplyDeleteCuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"