Adat dan uruf mengikut difinisi
bahasa adalah berbeza, nama secara amalan adalah perkara yang sama. Setiap
masyarakat mempunyai adat yang tesendiri
yang menjadi identiti ataupun kebanggaan masing-masing. Sesuatu adat
sebati dalam masyarakat berkenaan dan diterima sebagai perkara yang benar.
Dalam memberi kemudahan dan tidak
wujud pertentangan dengan kehendak adat dan agama, maka Islam menerima adat
sebagai salah satu sumber hukum fiqah.
Namun, penerimaan itu melalui proses yang ketat yang antara lain adat
itu mesti tidak bertentangan dengan nas yang jelas. Ia diterima umum dalam
masyarakat dan perkara itu telah lama berlaku sebelum ia diputusan sebagai
sumber hukum dan perkara itu terus berlaku.
Penerimaan adat sebagai sumber
hukum bukan bererti manusia boleh menentukan sendiri hukum agama. Hakikat
sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah SWT. Kebenaran menggunakan
adat sendiri adalah berdasarkan kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi
cabang yang tumbuh daripada pokok hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Justeru, tidak benar jika ada pihak
mendakwa hukum boleh berubah mengikut kepentingan pihak tertentu. Sebarang
perubahan atau penetapan hukum mesti dilakukan oleh keputusan bersama ulama,
dan bukannya hanya ikut lepas cakap yang dalam ruang lingkup adat yang memang
boleh berubah.
Penerimaan adat sebagai sumber
hukum adalah rahmat besar umat Islam.
Seperti diketahui, kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan
perubahan kemajuan. Banyak perkara baru perlu ditentukan hukum untuk
kepentingan umat Islam terus hidup berpandukan kepada hukum.
Kes berkaitan muamalat, penggunaan
teknologi terkini dan sebagainya perlu mendapat ketentuan hukum, yang antara
lain kemelut ini diselesikan melalui kaedah adat. Bagaimana hendak ditentukan
hukum bermuamalat mengguna kad kredit, urusan atas talian dan sebagainya jika
kaedah hukum adat digunapakai.
Sekiranya, kaedah adat tidak
digunapakai, sudah tentu banyak keperluan manusia hari ini tidak dapat
dipastikan hukumnya, sedangkan Islam adalah agama yang sesuai sepanjang zaman,
tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada seluruh alam.
Sesungguhnya, setiap hukum yang
ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap umat Islam adalah mudah, namun tidap pula
boleh dipermudahkan mengikut sesuka hati. Sumber hukum tetap berdasarkan apa
yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment