Thursday, 20 February 2020

CIRI DURIAN MUSANG KING D197 RAJA KUNYIT

Durian musang king merupakan antara varieti durian terkenal di Malaysia. Musang kini didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dan diberi nombor pendaftaran D197 atas nama raja kunyit. Namun kini ia lebih dikenali musang king. 

Varieti ini telah didaftarkan oleh Wee Chong Beng dari Tanah Merah, Kelantan pada 9 Disember 1993.  

Semasa didaftarkan nama raja Kunyit berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. 

Dari segi durinya pula bersegi, pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit. dan bijinya pula kecil berbanding baka lain.

Masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud 'raja kucing gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur.

Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'mao shan' ditukar kepada sebutan "musang" dan "wang" ditukar kepada "king" sehingga dikenali sebagai musang king hingga kini.

Durian ini mendapat permintaan yang tinggi untuk penamanan sejak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Bahkan, varieti tersebut telah dibawa dan ditanam di luar negara, khususnya Indonesia.   

Pada masa ini kawasan di Bentong dan Raub di Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama musang king. 

Antara ciri raja kunyit ialah warna perang kekuningan pada pangkal duri dan tengah duri sementara di hujungnya berwarna perang. Buah ini sangat senang untuk dibuka apabila telah gugur dan cukup masak. 

Tekstur ini buah raja kunyit dikatakan sebagai sederhana, begitu juga kepejalan isinya yang sama sederhana. Aroma pada isinya adalah sedikit tidak seperti durian lain yang aroma isinya kuat. Lazimnya terdapat 4 ulas biji atau isi pada setiap pangsa. 

Anak pokok ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam.

No comments:

Post a Comment