Sebatang pokok mungkin mencapai ketinggian
sehingg 50 meter lebih dengan mempunyai dahan, ranting dan daun yang banyak. Apabila
angin bertiup kencang, maka daun, ranting dan dahan akan bergetar
berombak-ombak. Sama ada pokok itu terus berdiri teguh bukan bergantung kepada
kuatnya daun, ranting mahupun dahan, tetapi kekuatan bergantung kepada akarnya.
Pokok yang digugurkan daun, dipangkas ranting
serta dahannya dan dipotong pula batang sehingga hampir ke paras bumi, pokok
itu masih ada peluang untuk menumbuhkan kembali tunas baru kemudian menjadi
pokok seterusnya membesar seperti asal, selagi akarnya berfungsi.
Sebaliknya, biarpun sehebat mana daun
menghijau, ranting baru tumbuh dan dahan terus bertahan serta batang kukuh
berdiri tegap, jika akannya rosak dan tidak berfungsi, tunggulah ketika dan
masanya untuk keseluruhan bahagian pokok yang di atas itu akan mati, gugur dan
tumbang.
Begitulah analogi atau perumpamaan bagi
sebuah pertubuhan, parti politik, syarikat dan sebagainya yang berorganisasi.
Yang menjadi kekuatan adalah ahli akar umbi atau pekerja bawahan. Mereka ini
yang menjadikan sesebuah organisasi atau syarikat itu kuat dan teguh.
Jadi, kepada pemimpin, CEO mahupun sesiapa
sahaja yang berada di peringkat tinggi, jangan sekali-kali memandang rendah
fungsi dan peranan orang di peringkat bawah. Hargai dan hormati sumbangan mereka.
No comments:
Post a Comment