Thursday, 13 February 2020

SUDU KEROPOK KEPING GORENG

Keropok keping yang telah digoreng biasanya dimakan kosong. Untuk lebih sedap ia akan dicicah dengan perisa seperti sos cili, sos tomato dan sebagainya.

Di Kelantan, keropok keping goreng dicampur dengan nasi kerabu sebagai sebahagian 'ulam'. Keropok keping goreng diramas kecil dimakan bersama-sama dengan ulam lain.

Namun, satu lagi cara makan keropok keping goreng yang semakin diamalkan atau dilakukan ialah menjadikan keropok keping goreng sebagai 'sudu' makan menu goreng seperti nasi goreng, mi goreng dan mihun goreng.

Keropok keping goreng dijadikan sudu dan apabila menyuapkan nasi goreng, keropok keping goreng itu akan turut dikunyah bersama. Jadi, diperlukan banyak keropok keping goreng untuk dimakan bersama.

Cara makan dengan menjadikan keropok keping goreng sebagai sudu sebenarnya bukan satu 'peraturan' atau disediakan keropok keping goreng itu untuk dijadikan sudu.

Namun, biasanya jika ada keropok keping goreng disediakan, secara tidak dirancang biasanya keropok keping goreng digunakan sebagai sudu. Sebab itu, semasa dihidangkan, ada sudu disediakan bersama

No comments:

Post a Comment