Fahruddin al-Razi (1149 Masihi - 1209 Mashi)
merupakan salah seorang ahli tafsir dan ilmu kalam yang juga dikenal sebagai
tokoh penbaharuan dunia Islam abad ke-12. Beliau dilahirkan di Rayya, sebuah daerah
berdekatan dengan Teheran.
Nama penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad
bin Umar bin Husain al-Taimi. Beliau lebih terkenal dengan nama al-Razi atau
Imam Fakhruddin. Keluarganya dikenal sebagai keluarga ilmuwan. Ayahnya,
Dauddin, ulama dan pemikir yang dikagumi di Rayy, memberikan pendidikan awal
kepada al-Razi.
Setelah itu, al-Razi meneruskan pengajian
dengan Majduddin al-Jili dan Kamal Samnani. Untuk mendalami pengetahuannya
dalam bidang agama dan umum, beliau pergi ke pelbagai pusat ilmu pengetahuan.
Namun pada akhirnya beliau menekuni ilmu agama, khususnya ilmu kalam (teologi
Islam) dan ilmu tafsir. Beliau menghabiskan masa tuanya di Herat dan
membina masjid di situ.
Dalam bidang ilmu kalam al-Razi telah
menghasilkan beberapa karya, antaranya termasuklah al-Matalib al-Aliyah min
al-“Ilm al- Illahi, sementara dalam bidang tafsir beliau turut
menghasilkan beberapa karya. Antaranya termasuklah Mafatih al-Gaib dan
Tafsir Surah al-Fatihah.
Al- Razi pernah mengkritik ahli falsafah
Islam klasik. Beliau memberikan kritikannya itu dalam buku Mabahis
al-Masyriqiyyah dan ‘Uyun al- Hikmah. Beliau juga pernah mengulas karya Ibnu
Sina yang berjudul al-Isyarat wa al-Tanbihat dengan panjang lebar.
Dalam dunia Islam, al- Razi dikenali
sebagai tokoh pembaharuan dunia Islam pada abad ke- 6 Hijrah. Beliau juga
dikenal dengan gelaran tokoh penbangunan sistem teologi melalui pendekatan
falsafah yang menyebabkan pembahasannya tentang teologi berbeza daripada pembahasan
tokoh teologi sebelumnya.
Al- Razi tergolong sebagai penulis
produktif. Belaiu telah menghasilkan lebih kurang seratus karya tulis. Dalam
persoalan fikah, karya tafsir al- Razi yang berjudul Mafatih al-Gaib (Pembuka
yang Ghaib) sejajar dengan pemikiran golongan Syafiiyah (Pengikut Mazhab Syafie).
Karya itu dianggap sebagai salah sebuah karya tafsir terbaik. Jika dilihat dari
segi isinya, karyanya itu tergolong sebagai tafsir bi al-ra’yi (tafsir
yang lebih banyak menggunakan dalil akal). Kini karya agung yang terdiri
daripada 16 jilid itu dapat diperoleh hampir di seluruh dunia, termasuk
Malaysia.
Pengaruh al-Razi sangat besar terhadap
dunia Islam, khususnya terhadap golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Al-Razi
dianggap berjasa oleh ASWJ kerana telah meneruskan tradisi al-Ghazali dalam
usaha mempertahankan doktrin Asyariyah yang banyak dianuti oleh golongan ASWJ.
Dalam bidang ilmu kalam (teologi Islam),
al-Razi menganut fahaman Asyariyah (aliran yang diasakan oleh Imam Abu Hasan
al-Asyari). Hampir seluruh karyanya dalam bidang ilmu kalam mengandungi
penjelasan dan pengembangan terhadap doktrin Asyariyah.
Selain itu, al-Razi juga sangat dipengaruhi
oleh al-Ghazali (seorang ahli teologi dan ahli falsafah besar) dan al- Juwayni
(guru al-Ghazali dan pembesar di Madrasah Nizamiyah). Begitu juga halnya dengan
al-Ghazali, al-Razi juga menolak pendekatan ahli falsafah dalam usaha memahami
agama.
Pengaruh al-Razi dalam ilmu kalam sangat
besar. Beliau ialah ahli teologi Islam pertama yang menghasilkan sistem
penulisan kalam daripada model klasik menjadi model moden.
Para ahli teologi selepasnya, seperti
al-Tatazani (1322 Masihi - 1390 Masihi) dan al-Jurjani (1339 Masihi - 1413 Masihi)
terhutang budi kepada model penulisan yang dihasilkan oleh al- Razi. Sebagai penulis
yang produktif dalam ilmu kalam dan tasawuf, al-Razi telah
menghasilkan beberapa buku, antaranya al-Arba’in fi Usul al-Din ( karyanya
dalam bidang ilmu kalam) dan Kitab Irsyad al-Nazar il, Lata’if al-Asrar (karyanya
dalam bidang tasawuf)
Al-Razi tergolong sebagai penulis
produktif. Beliau telah menghasilkan lebih kurang seratus karya tulis. Dengan
pengetahuannya yang luas, al-Razi kerap kali berdioalog dengan para tokoh yang
ditemuinya di tanah kelahirannya dan di beberapa daerah lain.