Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai
buah gomok, atau gomak atau juga dikenali sebagai kuih buah beluru merupakan
sejenis kuih yang popular di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat
daripada tepung pulut dan kelapa parut. Adunan tepung pulut dan kelapa parut yang dimasak bersama nise, garam dan daun pandan dibentuk bulat getel atau bulat gotel.
Di
bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut atau tepung kacang hijau
untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.
Resipi tepung gomok Kelantan
Bahan-bahan
- 1 biji kelapa parut (kelapa kulit hijau sesuai buat kuih)
- 1/2 kg beras pulut (goreng kering hingga kekuningan - 3/4 masuk dalam adunan dan 1/4
lagi dijadikan bahan salutan luar).
- 1 kerek nise (gula kabung, gula melaka,
gula apung)
- 1 sudu kecil garam
- 1 1/2 cawan gula (ikut rasa manis yang diingini)
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara membuat
- Masak air, nise, gula, garam dan daun pandan.
- Setelah semua sudah larut bolehlah
dimasukkan kelapa parut.
- Masak hingga sebati kemudian masukkan
beras pulut yang telah digoreng dan dikisar halus.
- Gaul hingga semua sebati.
- Tutup api.
- Bentukkan adunan jadi bulat-bulat.
- Selepas siap semuanya, gaul dalam beras
pulut yang dikisar halus tadi.
- Siap.
Kredit pemilik asal resipi
No comments:
Post a Comment