Wednesday, 4 October 2023

PENGIDAP KENCING MANIS PERLU MINUM TEH HIJAU

 
Teh hijau kaya khasiat perubatan. Ia telah telah dimanfaatkan manusia sejak dahulu. Kajian membutikan minum teh hijau menurunkan kadar kolesterol serta meningkatkan tindakan kolesterol baik terhadap kolesterol jahat dan juga menurunkan tingkat pertumbuhan kanser. 

Teh hijau mengandungi unsur antioksidan yang tinggi. Justeru, ia mampu meningkatkan enzim antioksidan tubuh termasuk glutathione yang membantu mengubati radang sendi. Teh hijau dapat mengurangi peradangan dan kerosakan tulang rawan yang hanya dapat diubati dengan bantuan glutathione. 

Dengan mengamalkan minum teh hijau secara teratur dapat melindungi tubuh terhadap banyak penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga diabetes.

Teh hijau juga memiliki efek yang signifikan terhadap kencing manis kerana dapat menurunkan tekanan darah dan kadar gula dalam tubuh. 

Teh hijau mudah didapat dan tidak perlu mengeluarkan kos yang mahal untuk mencegah kencing manis. Penelitian menunjukkan bahawa teh hijau mungkin sebenarnya membantu mencegah peningkatan kesan kencing manis sekaligus membantu untuk mengatur kadar gula darah pada mereka yang mengalami diabetes. 

Pengidap kencing manis tidak mengeluarkan insulin yang memecah glukosa dalam darah, tetapi dengan mengamalkan teh hijau dapat membantu dalam mengatur kadar gula darah dan sehingga bermanfaat bagi penderita diabetes.

Insulin berkaitan erat dengan diabetes, yang timbul akibat kadar glukosa atau gula dalam darah. Insulin memiliki dua peranan, yakni menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan ketersediaan gula agar sel berfungsi secara normal. 

Meskipun pankreas mengeluarkan sedikit insulin atau tidak akibat kenaikan gula darah setelah makan atau pankreas mengeluarkan insulin dalam jumlah normal, tetapi sel tidak memberi tindak balas terhadap hormon. 
 
Dalam kedua keadaan ini kadar gula darah tetap tinggi. Gula tetap dibuang dalam urin, yang menyebabkan terjadi komplikasi seperti diabetes.

Diabetes merupakan faktor risiko utama terhadap penyakit jantung dan stroke kerana mengakibatkan pembuluh darah kurang kenyal dan biasanya tersumbat oleh plak.

Teh hijau merupakan penawar yang mungkin yang paling murah dan mudah didapat dengan khasiat yang begitu penting bagi kesihatan untuk mencegah diabetes dan berbagai macam penyakit.

No comments:

Post a Comment