Wednesday 21 December 2022

CARA PINDAH HAIWAN SEMASA BANJIR

Bagi penternak haiwan, musim banjir amat mencabar. Ia bukan sahaja soal memberi makan, tetapi juga untuk dipinahkan ke tempat selamat.
 
Sebab itu, ada penternak tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana perlu menjaga dan menguruskan binatang ternakan masing-masing. Selagi boleh bertahan, mereka akan menjaga binatang ternakan masing-masing.
 
Binatang ternakan adalah harta mereka. Sumber pendapatan. Jadi, kena dijaga agar tidak menjadi mangsa lemas.
 
Untuk menyelamatkan haiwan ternakan, contohnya lembu, ada yang perlu mengharung air beberapa kilometer. Lembu tidak ada masalah mengharung air dan boleh berenang jika di kawasan air dalam. Apa yang penting pemiliknya ada bersama untuk mengawal pergerakan. 
 
Kalau haiwan ternakan kecil seperti kambing akan dibawa berpindah mengguna sampan atau perahu. Ada yang perlu didukung.
 
Ayam dan itik pula perlu dimasukkan ke dalam sangkar sebelum dipindahkan.  

Di tempat haiwan itu dipindahkan perlu pula dipastikan bekalan makanan ada secukupnya agar ia tidak mati kelaparan, terutama jika tempoh banjir yang lama.

No comments:

Post a Comment