Wednesday 28 December 2022

ASAL NAMA KAMPUNG LATA REK

  
Lata Rek adalah salah sebuah mukim dalam daerah (sama dengan status mukim di luar Kelantan) Olak Jaram, jajahan Kuala Krai. 
 
Nama terdapat di Lata Rek ialah Kampung Kubang Puyu, Kampung Cempaka, Kampung Lata Tual, Kampung Jalal, Kampung Chatel, Kampung Bukit Budu, Kampung Kubang Kerian, Kampung Tok Uban, Kampung Jelkis dan Kampung Stambul.
 
Asal nama Lata Rek adalah dipercayai diambil daripada bahasa Orang Asli. Perkataan ‘lata’ bermaksud jeram yang terdapat hamparan batu-batan yang terbentang luas dan ‘rek’ bermaksud air yang mengalir dan turun dari tempat yang tinggi.
 
Kampung Lata Rek dahulunya juga dikenali sebagai Kampung Kedondong yang diambil sempena kampung asal penempatan penduduk dari Kampung Kedondong, Pasir Mas. Tetapi disebabkan terdapatnya air terjun maka nama Lata Rek lebih sinonim dan terkenal.
 
Terletak kira-kira 27 km dari bandar Kuala Krai dan perjalanan dengan memandu kereta mengambil masa kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang (8) sebelum bertemu simpang tiga berdekatan dengan Kampung Laloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah simpang masuk ke Lata Rek iaitu lebih kurang 3 km.

No comments:

Post a Comment