Roslan
Ismail, 49, telah dinobatkan sebagai Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022 sempena Hari
OKU Muqarrabun Peringkat Negeri Kelantan 2022.
Penganugerahan
dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urusetia Kebajikan,
Pembangunan Keluarga & Wanita, Kerajaan Negeri Kelantan (UKeKwa).
Roslan
yang lebih dikenali Roslan Pulau Seratus, berasal dan menetap di Pulau Seratus,
salah sebuah pulau di delta Sungai Kelantan dalam jajahan Tumpat, biarpun
dikategorikan sebagai orang kelainaan upaya (OKU), aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
dan kesukarelawan sejak usia belasan tahun melalui aktiviti belia.
Roslan
yang mengalami kecacatan bahagian bawah pinggang yang menyebabkan dia tidak
boleh berdiri dan berjalan, tidak jemu-jemu untuk menabur bakti kepada komuniti
setempat.
Biarpun
payah untuk bergerak, Roslan tidak menjadikan ia satu halangan untuknya
membantu orang lain.
Sekarang
ini banyak NGO dan individu yang menjadikan Roslan sebagai individu penghubung
untuk melakukan aktiviti di pulau-pulau delta Sungai Kelantan seperti di Pulau
Seratus, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Pantai Suri, Pulau Beluru, Pulau Renjuna,
Pulau Timun dan beberapa pulau sekitar.
Roslan
boleh dikatakan mengenali majoriti penduduk di kepulauan tersebut yang
memudahkan beliau mengetahui status keluarga berkenaan dan bantuan apakah yang
diperlukan.
Sebab
itu, Roslan selalu dijadikan individu rujukan untuk NGO, jabatan dan orang perseorangan
menyalurkan bantuan kepada penduduk pulau.
Dengan
hanya merangkak menjalankan ‘amanah’, berulang alik menggunakan bot dari Jeti
Pulau Seratus ke Jeti Kok Majid, ataupun ke mana-mana jeti yang terdapat di
pulau berkaitan.
Selain
menggunakan bot, Roslan atau juga dikenali di kalangan penduduk di kepulauan
sebagai Abe Lan akan menggunakan motosikal roda tiga dan ATV untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat.
Roslan
yang menghidapi polio semasa kecil dan hanya dapat berjalan pada usia lapan
tahun berkata, menjadi OKU bukanlah halangan untuk berbakti kepada masyarakat
dan boleh buktikan golongan seperti ini juga boleh membantu masyarakat yang
normal.
Anak
ke lapan daripada sembilan beradik tersebut, gemar berkongsi sebarang maklumat
dan disalurkan kepada mereka yang berkaitan untuk mereka bertindak dengan lebih
pantas. Biarpun batasan pergerakan kaki, tetapi beliau tetap sedaya sedaya
upaya membantu orang kampung.
Atas
jasa bakti yang dicurahkan, Roslan telah menerima anugerah dan pengiktirafan
oleh pelbagai pihak, selain Tokoh Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah
Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,
Senarai
anugerah lain diterima Roslan;
-
Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021
-
Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)
-
Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)
-
Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)
-
Anugerah Belia Kelantan (2019)
-
Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016)
Semoga
apa yang dilakukan Roslan ini bukan sahaja dijadikan contoh oleh OKU lain,
bahkan lebih-lebih lagi satu cabaran kepada insan lain yang sempurna
fizikalnya.
No comments:
Post a Comment