Kadar
gula dalam darah perlu dikawal, terutama di kalangan pengidap kencing manis
apabila insulin tidak berfungsi sepenuhnya.
Dua keadaan biasa dialami
oleh pengidap kencing manis:
- Hypergylycaemia/bacaan
gula terlalu tinggi
‘Hyperglycemia’ boleh
menyebabkan kerosakan tehadap beberapa organ, yang kemudiannya membawa kepada
komplikasi diabetes. Ini termasuklah masalah jantung atau vaskular, seperti
serangan jantung atau strok masalah buah pinggang yang memerlukan dialisis,
masalah mata, yang boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan (buta), isu
seksual, seperti disfungsi erektil/’erectile dysfunction’ masalah dengan
pengaliran darah, yang boleh menyebabkan amputasi.
- Hypoglycaemia / bacaan
gula terlau rendah
Hipoglisemia/
'Hypoglycaemia' atau gula darah rendah boleh menyebabkan gejala yang berbeza
untuk semua orang yang menghidap kencing manis. Anda akan terbiasa dengan
gejala bagi keadaan ini jika anda selalu mengalaminya, walaupun gejala anda
mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.
Tanda-tanda awal gula darah
rendah termasuklah selalu berasa lapar berpeluh, bibir kesemutan, berasa goyah
atau menggigil, pening berasa penat, denyutan jantung yang cepat atau
berdebar-debar menjadi mudah marah, menangis atau murung, menjadi pucat.
Sekiranya hypoglycaemia
tidak dirawat ia boleh menyebabkan lemah badan, penglihatan kabur, kesukaran
menumpukan perhatian kekeliruan, tingkah laku yang pelik, percakapan yang tidak
jelas, atau cemerkap (seperti mabuk), rasa mengantuk, sawan dan pengsan.
No comments:
Post a Comment