Dinamakan
‘nusuk’ kerana kedudukannya agak tersembunyi dari pengetahuan orang ramai.
Namun, setelah tular di media maya, nama Kedai Nusuk Kiasatina tidak lagi
tersembunyi.
Kedudukannya
berhampiran dengan Pantai Nusuk, Tanjung Kuala Sabak menjadikan ia lebih laris
dan menjadi kunjungan ramai.
Kedai
Nusuk Kiasatina menyediakan pelbagai makanan dan minuman dengan harga yang
berpatutan.
Antara
menu istimewa di Kedai Nusuk Kiasatina ialah maggi ikan, udang, sotong dan
tiram air asam.
Bagi
peminat celup tepung jangan risau, kedai tersebut juga menyediakan pelbagai
jenis celup tepung.
Lokasi
berhampiran dengan pantai memberikan keistimewaan dapat menikmati makanan
sambil menghayati keindahan alam.
No comments:
Post a Comment