Friday 23 April 2021

ULAM BUAH PUTAT BERASA KELAT SESUAI DIBUAT KERABU

 
Pokok putat biasa dijumpai tumbuh di kawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian sehingga lebih dari 20 meter. 
 
Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu sejak dulu iaitu putat hijau dan putat merah. Kedua spesis ini mudah dibezakan iaitu dengan melihat pucuk putat itu sendiri yang mana jika pucuk tersebut berwarna hijau ia dikenali sebagai pucuk putat hijau dan sebaliknya jika ia berwarna merah. 
 
Selain pucuk, buah putat juga boleh dijadikan ulam. Buah putat dipotong kecil boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya kelat. Sebab itu biasanya ia dijadikan ulam sama ada dicicih dengan budu atau balacan. Ia juga sesuai dibuat kerabu. Ada juga dicampurkan dalam gulai. 
 
Buah putat dikatakan mampu mencegah serangan gatal-gatal dan dijadikan penawar atau ubat kepada beberapa jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment