Monday 12 April 2021

JENIS KURMA POPULAR DI MALAYSIA

Terdapat beratus jenis kurma yang ditanam di seluruh dunia. Kebanyakannya di negara Timur Tengah. Setiap jenis kurma mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri. Sekarang ini Thailand turut menjadi negara pengeluar kurma berkualiti.

Antara jenis kurma yang terkenal di pasaran Malaysia ialah ajwa, mariami, mabroom, medjool, rotab, safawi dan deglet noor.

Kali ini kita ketahui tentang kurma mariami. Buah kurma marami juga dikenali sebagai kurma piarom atau kurma coklat, dapat dikatakan sebagai salah satu jenis kurma semi-kering yang paling lazat dan kaya khasiat di dunia.

Kurma mariami mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang terbaik kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad, Iran dalam persekitaran organik dan bersih.

Setiap tahun, Iran menghasilkan hampir satu juta tan buah kurma. Terdapat 400 jenis berbeza, 50 darinya terkenal di pasaran antarabangsa dan dieksport ke seluruh dunia. Kurma marami adalah kurma eksport terbaik di Iran.

Kurma mariami adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Ia mempunyai saiz 3-5cm (lebih besar daripada jenis kurma lain), dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.

Mariami adalah satu spesies kurma segar utama dan mempunyai hasil tahunan yang besar. Kurma mariami ditanam secara organik dalam proses yang bebas bahan kimia.

Kurma Maryami dapat disimpan selama 18 bulan. Satu kebaikan dan kelebihan kurma mariami yang diyakini ramai.

Siapa ingin membeli kurma mariami secara dalam talian boleh klik pautan di bawa:

No comments:

Post a Comment