Thursday 21 January 2021

KEGUNAAN ALAT PARUT

Kita biasa dengan istilah parut iaitu kesan bekas luka yang telah sembuh. Bagi mereka mengalami masalah jerawat yang serius akan ada parut di muka yang kekal lama kelihatan.

Satu lagi maksud parut ialah alat yang digunakan untuk mengukur kelapa, ubi kayu, timun dan sebagainya.

Parut dianggap peralatan penting di dapur, terutama mereka yang suka memasak. Kalau yang suka makan di kedai atau beli yang bungkus, memang tidak kenal parut agaknya.

Dalam kebanyakan keadaan, fungsi parut digantikan oleh mesin pengisar, pencincang dan sebagainya yang mudah digunakan. Sebab itu semakin banyak orang tidak kenal alat parut.

Penggunaan parut amat mudah. Pegang bahan yang ingin diparut dan kemudian ditekan di atas mata parut dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Gerakan ke atas dan ke bawah, ada juga hanya dari atas ke bawah, maka terhasillah parutan atau sesuatu yang sudah diparut.

Ada dua jenis parut iaitu bentuk iaitu mata timbul berlubang dan mata timbul tanpa lubang.

Pemarut mata timbul berlubang biasanya untuk mendapat hasil parutan besar. Manakala parutan mata timbul tanpa lubang pula untuk hasil parutan halus.

 

No comments:

Post a Comment