Pondan,
kedi, lembut, bapok, nyah dan panggilan seumpama merujuk kepada lelaki yang
bersifat ciri perempuan. Mereka adalah lelaki lembut dan mengatakan bahawa
mereka mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki.
Golongan
ini lebih suka berpakaian menyerupai perempuan. Kebanyakkannya secara jelas dan
langsung menyukai lelaki. Golongan ini sememangnya jelas bercanggah dari fitrah
kejadian mereka sebagai lelaki.
Terdapat
tiga golongan kategori pondan, termasuk transexual (mereka yang menjalani
pembedahan menukar jantina), transvestite (mereka yang sekadar berasa perlu berpakaian
atau berkelakuan mengikut jantina berbeza) dan homoseksual (mereka yang
cenderung pada kaum sejenisnya).
Golongan
yang dikategorikan transvestite sekadar suka bergaya ala orang perempuan dan
pada hakikatnya mereka sedar dan masih ingin kekal sebagai lelaki.
Malah,
sebahagian mereka dalam tempoh tertentu akan kembali menjadi lelaki normal
biarpun masih kelihatan lembut, terutama apabila sudah
berkahwin.
Transvestism
ialah amalan berpakaian dan berperangai yang bertentangan dengan jantina.
Fenomina ini mula berlaku sekitar tahun 1910an.
Perkataan
transvestism mula diperkenalkan oleh Magnus Hirschfeld yang bermaksud
‘berlawanan’ dengan norma jantina, contohnya lelaki yang berminat berpakaian
wanita dan sebaliknya.
Manakala
anak yang dikategorikan sebagai transexual pula bukan setakat suka beraksi
seperti wanita tetapi golongan ini menyimpan hasrat untuk menukar jantina.
Golongan
ini adalah golongan lelaki yang ingin menjadi wanita kerana berasa diri mereka
terperangkap dalam tubuh lelaki.
Mereka
bencikan bentuk tubuh mereka. 'Mereka ingin menghapuskan bulu-bulu di badan dan
ingin mengencangkan buah dada.
Golongan
inilah yang cenderung melakukan pembedahan untuk menukar penampilan mereka.
Kajian rata-rata menunjukkan tidak terdapat sebarang punca dari segi biologi
dan ia dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran seseorang.
Sebagai
contoh, anak yang tidak mempunyai seorang ayah sebagai contoh dalam keluarga
atau ayah yang tidak banyak terlibat dalam pembangunan anak dan keluarga boleh
merangsang keadaan sebegini.
Ada
kalanya juga sesetengah ibu bapa yang terlalu inginkan anak perempuan kemudian
memilih untuk mengenakan anak lelaki dengan pakaian anak perempuan juga boleh
menjadi penyebab.
Apa
yang masyarakat sekeliling sedari ialah tentang kecenderungan kumpulan sebegini
menjadi bahan usikan yang sekali gus hanya akan membuat mereka berasa lebih
sunyi dan ingin bersikap tertutup. Adalah lebih baik untuk menghentikan semasa anak itu masih kecil.
Pun
begitu, jangan lakukan secara membabi buta. Lakukan secara
berhemah. Perlu ada keseimbangan. Nyatakan yang kelakuannya tidak dapat
diterima dan dia perlu berubah. Bimbing dan beritahu mereka perbuatan itu salah
dan perlu dihentikan.
Sebagai
contoh, jika anak itu sengaja menggunakan suara lembut ketika bercakap-cakap,
jangan mempedulikan kata-katanya sehingga dia kembali menggunakan suara
asalnya.
Sekiranya
ibu bapa berasa sukar untuk membantu anak kembali ke jantina asalnya, ada
baiknya anak itu dibawa ke doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
Manakala
golongan homoseksual pula individu yang sukakan kepada jantina yang
sama. Contohnya lelaki yang minat kepada lelaki dipanggil gay, manakala
wanita yang cenderung kepada wanita pula digelarkan lesbian.
No comments:
Post a Comment