Kubang
Kerian adalah subbandar kepada Kota Bharu. Pembangunan kawasan Kubang Kerian
sebagai menampung perkembangan Kota Bharu.
Sebelum itu, subbandar bagi Kota
Bharu ialah Lundang. Di kawasan Lundang terdapat kawasan perindustrian terawal
di Kelantan.
Daerah Kubang Kerian
sekarang merupakan sebuah bandar baharu dan terkenal di Kelantan terutama
kerana wujudnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang menjadi
sebahagian kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM).
Kubang Kerian juga terkenal kerana terletaknya Istana Negeri Kubang Kerian iaitu istana rasmi Sultan Kelantan.
Kubang Kerian juga terkenal kerana terletaknya Istana Negeri Kubang Kerian iaitu istana rasmi Sultan Kelantan.
Sebelum itu Kubang
Kerian dianggap terpencil di pinggir Kota Bharu. Terdapat banyak lopak dan kubang yang menjadi tempat kerbau berkubang di
kawasan itu.
Dipercayai nama Kubang Kerian diambil dari fenomina di kawasan itu yang terdapat banyak kubang atau kubang besar tempat kerbau berkubang dan adanya pokok krian di situ.
Dipercayai nama Kubang Kerian diambil dari fenomina di kawasan itu yang terdapat banyak kubang atau kubang besar tempat kerbau berkubang dan adanya pokok krian di situ.
Kubang Kerian
terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 15-20
minit dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra.
Salah satu mercu tanda di
Kubang Kerian ialah Masjid Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Biru
Kubang Kerian.
No comments:
Post a Comment