Tahap kebersihan
tandas di negara ini masih berada pada tahap kurang memuaskan dan perlu
sentiasa dipertingkatkan kebersihannya dari masa ke semasa.
Keadaan itu bukan sahaja melibatkan
tandas awam tetapi kemudahan sama di kompleks beli-belah, sekolah, restoran dan
sebagainya.
Laporan, aduan dan perbincangan mengenai tandas awam yang tersumbat, kotor, rosak, berbau dan tidak diselenggara dengan baik masih kedengaran di pelbagai tempat.
Persepsi negatif masyarakat kita
kononnya mereka bukan masuk percuma atau tandas itu ada pembersihnya telah dibayar
pihak tertertu perlu diubah.
Tanggungjawab menjaga kebersihan
tandas adalah peranan semua. Membayar masuk tandas bukan alasan untuk kita melaku
perbuatan mengotorkan tandas.
Apabila berbayar, mereka akan
menggunakannya sesuka hati kerana pada tanggapan mereka ada pihak yang akan
melakukan pembersihan. Sebenarnya, kita membayar untuk menggunakan dengan menjaga
kebersihan.
Aspek kebersihan tandas
terutama tandas awam perlu diitikberatkan jika tidak mahu dilabel sebagai
masyakarat pengotor.
Tandas
adalah sesuatu yang sangat penting. Setiap orang normal dipercayai akan ke
tandas lima atau enam kali sehari.
Bagaimanapun
ada yang mungkin terbantut ke tandas apabila tandas tidak bersih akibat tidak
diselenggara dengan baik, lebih-lebih lagi tandas percuma.
Kata
orang, keadaan tandas awam mencerminkan sikap masyarakat sesebuah negara.
Semakin kotor tandas awamnya maka semakin rendahlah tahap kebersihan dalam
minda setiap ahli masyarakat.
Kebanyakan orang tidak peduli pengguna seterusnya disebabkan
pengguna sebelum itu tidak menjaga kebersihan.
Sikap kebanyakan orang, sebaik sahaja masuk ke tandas yang
tidak terurus, maka mereka juga terbawa-bawa dengan sikap tidak peduli tentang
kebersihan.
Etika pengguna amat penting. Jangan disebabkan sudah tidak
terurus, pengguna menambah ‘kesengsaraan’ tandas berkenaan.
Bagi mengingatkan masyarakat, pelbagai kempen kesedaran
penjagaan tandas awam sudah diadakan. Namun apakah ia meninggalkan impak dalam
memupuk sikap menjaga kebersihan tandas awam?
Penguatkuasaan seperti ini bukan terhad di tandas awam berbayar atau sebaliknya tetapi juga di pejabat atau di sekolah. Di sekolah isu tandas kotor sudah lama berlaku.
Penguatkuasaan seperti ini bukan terhad di tandas awam berbayar atau sebaliknya tetapi juga di pejabat atau di sekolah. Di sekolah isu tandas kotor sudah lama berlaku.
Vandalisme
di tandas juga dilaporkan. Di pejabat juga, jika tidak ada kontraktor
pembersih, tidak pasti sejauh mana tahap kebersihannya.
Kerosakan
di dalam tandas sudah lumrah. Paip air rosak, pam tidak berfungsi, kunci pintu
rosak, penyangkut pakaian hilang dan macam-macam lagi.
Kebersihan
tandas juga harus dinilai dari dinding, pintu dan lantainya. Dinding dan pintu
harus bebas dari contengan perkataan dan lukisan yang memualkan.
Malu jika
pelawat berkunjung, ada ayat-ayat yang menghentam majikan, kata-kata lucah dan
sebagainya. Lantai jangan dikotori dengan tisu, tuala wanita, kotak rokok
kosong, surat khabar dan puntung rokok.
No comments:
Post a Comment