University of al-Karaouine atau
Universiti Al Qurawiyin adalah sebuah universiti yang terletak di kota Fez,
Morroco (Maghribi). Universiti
tersebut diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai universiti tertua di
dunia.
Universiti ini diasaskan oleh Fatima Al Fihri, seorang puteri,
pada tahun 859 Masehi dengan falkulti-falkulti serta madrasah yang telah berkembang
menjadi pusat ilmu kerohanian Islam dan pusat akademi dalam pelbagai bidang
ilmu.
Ketika
itu, Barat masih lagi dalam kegelapan. Hidup dalam kesesatan dan sistem
pemerintahan yang hanya berteraskan kekuatan, sihir, tahyul dan kurafat di mana
peradaban bangsa Barat boleh diumpama terlalu jauh dari sifat kemanusian.
Terdirinya
pusat ilmuan Islam di Fez menjadi titik mula lahirnya begitu ramai ilmuan Islam
dalam pelbagai bidang.
Sejarah
Islam menyaksikan Universiti Qurawiyin di Fez sebagai sebuah institusi keilmuan
yang tersusun dan dasar pengajian yang begitu teratur.
Universiti
Qurawiyyin terus berkembang dan membesar pada zaman pemerintahan Khalifah
Umayyad.
Kemuncaknya
kejayaan besar Univerisiti Qurawiyyin ini adalah di bawah pemerintahan Al
Murovid atau dinasti Marinid pimpinan Sultan Abu Inan Faris pada tahun 1349 di mana
hasil tulisan ilmuan Islam terkenal seperti Imam Malik.
Di
perpustakaan Univerisiti Qurawiyyin ini tersimpan naskah asli tulisan Imam
Malik "AL Muwatta" ditulis pada kulit rusa.
Anak
didik Universiti inilah yang merwarnai para ilmuan Islam terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad al Idrisi, Joannes Leo
Africanus (Al Hassan Ibni Muhammad al Wazan), Muhammad Allal al-Fassi, Abd
el-Krim, Muhammad Taqi-ud-Din bin
Abdil-Qadir Al-Hilali, Abu al-Fadl Abdullah bin
Muhammad bin al-Siddiq al-Ghumari dan ramai lagi cendiakawan Islam lain.
No comments:
Post a Comment