Menabung
amalan baik. Jika bercadang membeli sesuatu, mulalah menabung. Biar sedikit, lama-lama
jadi bukit. Inilah
usaha dilakukan seorang lelaki di China yang membeli sebuah kereta BMW hasil menabung.
Dia
membuat bayaran wang pendahuluan berjumlah AS$10,704 (RM43,784) dengan
menggunakan duit syiling 5 mao (5 sen).
Lelaki
yang tidak didedahkan identitinya itu membeli kereta tersebut yang bernilai
AS$60,176 (RM245,766) pada bulan lalu di sebuah pusat pengedar kereta di
Putian, wilayah Fujian.
Pihak
ajen jualan kereta pergi ke rumah pelanggan itu membawa pulang 10 kotak yang
dipenuhi dengan duit syiling.
Beberapa
kakitangan terpaksa dikerahkan mengira semua wang tersebut yang mengambil masa
selama tujuh jam.
Pekerja
terpaksa duduk di atas lantai untuk mengira duit syiling berkenaan.
Kesemua
duit syiling 5 mao itu dipercayai disimpan sejak beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment