Ketika berada di premis Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), kita pasti akan melihat doktor dan jururawat sering
menggunakan telefon bimbit biarpun dalam keadaan sibuk. Masih banyak pesakit
yang belum mendapat rawatan, sedangkan mereka sibut "bermain"
telefon.
Fenomina ini tentu tidak menyenangkan
pesakit dan keluarga yang hadir atau sesiapa yang melihatnya. Itu kira sudah
curi tulang dan tidak mengutamakan tugas, lebih-lebih lagi ketika kecemasan
yang mana pesakit perlu dirawat segera.
Orang ramai perlu tahu perkara
sebenarnya. Sekarang ini, kerja doktor dan jururawat kini banyak bergantung
kepada telefon.
Mereka perlu menyemak sistem temu janji,
menghubungi rakan setugas atau mereka yang lebih berautoriti untuk rujukan,
mencari rekod pesakit atau menghubungi pesakit yang tidak hadir. Semua urusan
penting ini dilakukan melalui telefon yang dipegang di tangan mereka.
Jadi, jangan mudah bersangka buruk kepada mereka. Mereka telah
berusaha melakukan yang terbaik.
Amat malang jika ada mentularkan gambar
atau video mengenai petugas kesihatan yang menggunakan telefon bimbit yang
kononnya "bermain" telefon ketiga bertugas.
Mungkin doktor atau jururawat sedang
menyemak keputusan makmal, membalas mesej doktor atau berhubung dengan keluarga
pesakit, bukan melayari media sosial seperti yang disangka.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengambil gambar penjawat awam ketika
bertugas dan menyebarkannya tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan. Jika
pesakit atau waris tidak berpuas hati dengan layanan, saluran yang betul ialah
bertanya di kaunter atau membuat aduan rasmi melalui sistem KKM.
Petugas kesihatan juga manusia yang penat dan tertekan, tapi
kebanyakan mereka datang bekerja dengan niat yang sama, iaitu membantu pesakit
sebaik mungkin. Kalau tidak mengucap terima kasih, jangan pula membuat fitnah
terhadap mereka.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment