Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang
terletak di Jalan Sultan Hishamuddin dibina oleh pihak British semasa zaman
kegemilangan kereta api di Tanah Melayu.
Ibu pejabat KTMB merupakan warisan negara yang mempunyai
reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya. Bangunan
yang berusia ratusan tahun ini menggambarkan kemuncak Pembangunan Sejarah
Keretapi di Tanah Melayu.
Bangunan ini telah direka bentuk oleh Arthur Benison
Hubback, arkitek British dari Jabatan Kerja Raja. Bangunan ini direka bentuk
pada tahun 1913, dan pembinaan bermula pada tahun 1914. Kerja pembinaan
tergendala akibat Perang Dunia Pertama tetapi bangunan ini sempat disiapkan
dalam tahun 1917, pada kos $780,422, sejurus selepas perang.
Reka bentuk pejabat KTMB mencerminkan seni bina Mughal,
digabungkan dengan usur-usur Moorish dan Ottoman, termasuk juga usur Gothik dan
Yunani dari abad ke-14.
Terdapat sebanyak 97 gerbang berusur seni bina Gothic pada tingkat bawah. Oleh sebab
bangunan ini dibina pada ketika penghawa dingin belum digunakan, maka ia dibina
dengan serambi yang luas, agar memberi keselesaan dalam iklim tropika.
Di tingkat satu terdapat 94 tingkat bergerbang dan empat
gerbang bulat. Pada tingkat dua pula terdapat 171 gerbang Gothik dan juga
gerbang bulat, empat yang besar dan 12 yang lebih kecil.
Lima kubah besar diletak pada penjuru-penjuru tertentu. Setiap kubah ini diiringi empat tiang terjalin. Hubbak mendapat ilham dari seni bina Yunani Orthodoks dari abad ke-14 untuk mereka bentuk kubah-kubah ini.
Bahagian utara telah mengalami kerosakan teruk sebanyak dua kali. Kali pertama adalah semasa Perang Dua Kedua, apabila bangunan ini terkena bom. Kali kedua pula adalah pada tahun 1968, apabila berlaku kebakaran pada tingkat kedua.
No comments:
Post a Comment