Pemilihan jawatan dalam perhimpunan agung
UMNO memperlihatkan selari antara teras demokrasi dan toleransi yang telah
diamalkan oleh UMNO sejak dulu lagi. Demokrasi yang total ternyata bukanlah
kunci kekuatan kalau tidak disokong dengan toleransi. Kalau ada jawatan yang
tidak dipertandingkan bukanlah bermakna demokrasi sudah dikembirikan dalam
pemilihan jawatan dalam UMNO.
Jawatan Presiden UMNO misalnya hanya empat
kali dicabar sepanjang sejarah pemilihan UMNO. Pada 1950 dan 1951 jawatan ini
dikenali sebagai Yang diPertua. Ini memperlihatkan kesepakatan yang diamalkan
oleh UMNO walaupun secara luaran seolah-olah menafikan hak memilih oleh para
perwakilan yang menghadiri pemilihan UMNO.
Pada mesyuarat agung UMNO keenam tahun
1951, jawatan Yang diPertua yang disandang oleh Tunku Abdul Rahman dicabar oleh
dua calon lain iaitu C.M Yusof dan Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada mesyuarat agung
itu yang sekarang dikenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO, Tunku mencapai
kemenangan besar dengan mendapat 57 undi sementara C.M Yusof mendapat 11 undi
dan Haji Ahmad Fuad hanya mendapat tujuh undi.
Pertandingan antara ketiga-tiga tokoh UMNO ini agak sengit. Tetapi Tunku yang sudah mencipta nama sebagai pemimpin UMNO dan juga seorang yang terpelajar berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk diserahkan tugas sebagai pemimpin nombor satu UMNO. Tetapi yang menariknya, pertandingan tiga penjuru ketika itu tidak memecahkan UMNO kepada beberapa puak.
Barangkali hasrat semua ahli UMNO ketika itu adalah satu iaitu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara, soal kalah menang bukan agenda penting. Ini kerana siapa saja yang menang akan memikul tugas utama membawa negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-29 pada tahun 1978, sekali lagi jawatan tertinggi parti itu dicabar. Walaupun jawatan tertinggi itu tidak banyak dicabar dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi atas desakan demokrasi, penyandangnya Hussein Onn berdepan dengan pencabar tunggal, Suleiman Palestin.
Walaupun pada perhimpunan agung itu Presiden UMNO dicabar tetapi Tun Hussein tidaklah terasa kedudukannya goyah. Ini kerana pengaruh pencabarnya, Suleiman Palestin dianggap tidak memberikan kesan yang besar kepada Hussein yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.
Pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO yang paling besar dalam sejarah UMNO ialah pada Perhimpunan Agung UMNO ke 38 tahun 1987. Malah pada pemilihan jawatan tahun berkenaan juga UMNO kelihatan seolah-olah berpecah kepada dua kumpulan dan popular dengan nama Team A dan Team B.
Gelombang perebutan jawatan Presiden UMNO ketika itu dirasai oleh semua orang UMNO dan juga rakyat lainnya. Presiden UMNO ketika itu Dr. Mahathir Mohamad dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah di mana ahli UMNO berpecah kepada Team A yang menyokong Dr. Mahathir dan Team B yang menyokong Tengku Razaleigh.
Pertandingan ini sangat sengit kerana pengaruh Tengku Razaleigh yang sangat kuat ketika itu tambahan pula Team B juga turut disokong oleh beberapa menteri dan timbalan menteri. Tahun 1987 adalah tsunami bagi UMNO kerana gelombangnya memberikan kesan yang sangat besar kepada UMNO selepas itu hingga membawa kepada pengharaman UMNO.
Dr. Mahathir mencatat kemenangan dengan mendapat 761 undi sementara Tengku Razaleigh mendapat 718 undi. Kemenangan tipis Dr. Mahathir itu menyerlahkan lagi perpecahan dalam UMNO kepada dua kumpulan. Ada penganalisis politik berkata, kekalahan Tengku Razaleigh pada perebutan jawatan Presiden UMNO itu disebabkan tercetusnya isu Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang berimej salib pada saat-saat akhir sebelum hari pemilihan.
Benar atau tidak tanggapan itu tidak penting kerana yang menariknya Dr. Mahathir memperlihatkan kekuatan serta pengaruh luar biasa berdepan dengan pencabar yang bukan sembarangan.
Kemenangan Dr. Mahathir itu membawa kepada satu lagi tragedi duka kepada UMNO apabila disaman oleh "Kumpulan 11" yang akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1988.
Selepas pertandingan Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh, di atas nama kesepakatan dan keutuhan UMNO, jawatan Presiden tidak dicabar sehingga pemilihan pada 2018 apabila tiada penyandang untuk mempertahankan jawatan. Pemilihan itu dianggap pemilihan terbuka untuk jawatan Presiden apabila Datuk Seri Najib Razak tidak lagi mempertahankan jawatan tersebut setelah BN mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 14 sehingga BN hilang kuasa memerintah Malaysia.
Pemilihan pada 2018 yang dimenangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden yang ditentang oleh Khairy Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah dan dua orang lagi calon yang tidak dikenali di kalangan ahli UMNO iaitu Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.
Pada pemilihan 2023, Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding apabila ia diputuskan dalam Persidangan Agung tahun sebelumnya yang kemenangan tanpa bertanding masing-masing kepada Ahmad Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Jawatan kedua tertinggi yang tidak banyak dicabar ialah Timbalan Presiden UMNO. Hanya beberapa kali saja penyandang jawatan ini dicabar misalnya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-32 tahun 1981, Timbalan Presiden UMNO, Musa Hitam dicabar oleh Tengku Razaleigh yang berakhir dengan kemenangan kepada Musa Hitam.
Tahun 1984 sekali lagi Tengku Razaleigh mencuba nasib mencabar Musa bersama seorang lagi pencabar yang tidak kurang hebatnya, Datuk Harun Idris. Sekali lagi Musa mencapai kemenangan.
Bagaimana pun dalam pergolakan UMNO tahun 1987 dan berpecahnya 2M (Mahathir dan Musa) dengan perletakan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba menewaskan Musa yang mencabarnya untuk jawatan Timbalan Presiden.
Pemilihan tahun 2018 menyaksikan jawatan Timbalan Presiden pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Hassan mengalahkan Tan Sri Anuar Musa.
Tradisi peralihan kuasa tanpa dicabar adalah kebanggaan UMNO yang diamalkan sejak era Tunku Abdul Rahman lagi. Peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak berlaku dalam suasana harmoni. Tradisi ini dilangsungkan oleh Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2003 dulu. Kemudian peralihan kuasa dari Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib juga tidak dicabar sebagai meneruskan tradisi sebelumnya.

No comments:
Post a Comment