Friday 12 May 2023

MAKSUD PERKATAAN "GORGON"

 
Dalam media sosial ada macam-macam istilah yang diguna membawa maksud tertentu yang difahami di kalangan warga media sosial sahaja. Satu istilah yang kerap digunakan sekarang ialah “gorgon”.
 
Dalam media sosial, “gorgon” dirujuk kepada pelbagai maksud. Apa yang pasti ia membawa maksud sesuatu yang tidak disukai, menakutkan, tidak bertanggungjawab, jahat, aneh, luar biasa dan sebagainya.
 
Dalam dialek Kelantan, “gorgon” adalah “mugo” yang jahat atau lain daripada kebiasaan.
 
Ada juga yang mengaku menjadi atau sebagai “gorgon” untuk menghapuskan kejahatan lain. Kiranya dia baiklah, hendak menghalang kejahatan.
 
Dengan kata lain “gorgon” ada kuasa hebat yang boleh digunakan untuk melakukan kebaikan mahupun perkara jahat.
 
Perkataan gorgon berasal dari mitos Yunani iaitu makhluk perempuan yang menakutkan. Namanya berasal dari bahasa Yunani “gorgos” yang bererti "mengerikan."
 
Meskipun gambaran Gorgon berbeza-beza dari sastera ke sastera, nama Gorgon secara amnya bermaksudkan tiga perempuan berambut ular berbisa dan tenungan mata yang mampu membuat makhluk apapun menjadi batu.
 
Gorgon Sltheno dan Gorgon Euryale hidup abadi sedangkan. Sedangkan Gorgon Medusa telah dibunuh oleh Perseus.

No comments:

Post a Comment