Friday 10 May 2024

FAHMI SERUNDING ENTERPRISE KAMPUNG LAUT

 
Kampung Laut, Tumpat, Kelantan terkenal sebagai tempat pengeluaran atau membuat serondeng. Berpuluh-puluh pengusaha serondeng beroperasi di Kampung Laut sejak puluhan tahun lalu secara turun temurun.

Salah seorang pengusaha serondng di Kmapung Laut yang terkenal ialah Muhammad Fahmi Ismail yang mengusahakan perusahan serondeng di bawah jenama Fahmi Serunding Enterprise.

Beliau yang mewarisi perniagaan asal keluarganya, mengekalkan cita rasa dan aroma tradisi yang memikat penggemar serondeng.

Kilang yang juga kedai memasarkan serondeng terletak di Hulu Pasar Kampung Laut Satu, Palekbang, Tumpat itu sering menjadi tumpuan pelancong yang datang secara rombongan. Serondeng jenama Fahmi Serunding Enterprise memang sudah terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, bahkan pelancong dari luar Kelantan. 

No comments:

Post a Comment