Monday 31 January 2022

KECELAKAAN AKIBAT TIDAK TAHAN DIPUJI

 
Kalau kisah arnab dengan kura-kura tentu banyak orang pernah dengar. Tetapi, pernahkah dengar cerita itik dan kura-kura? Mari kita baca kisah pendek itik dengan kura-kira. Kisah pendek tetapi penuh pengajaran. 
 
Kisahnya begini. Satu kolam yang mempunyai banyak jenis haiwan tinggal telah mula surut pada musim kemarau. Banyak jenis haiwan sudah mula mencari tempat tinggal baharu. 
 
Kura-kura kesedihan kerana bebanan di belakangnya menyukarkan untuk pergi jauh. 
 
Ada sepasang itik yang baik hati, memberi cadangan. Kata si kura-kura, “kami akan terbangkan sebatang kayu dan kamu gigitnya di tengah. Kita boleh pergi jauh, syaratnya kamu sabar dan diam ketika terbang bersama". 
 
Dalam perjalanan kura-kura teruja dapat terbang. Melihat pemandangan yang luas dan indah. 
 
Di satu tempat terdengar suara sorakan babi, "he! tengok kura-kura tu ada hati nak terbang walau tak ada sayap! ". Kura-kura diam. Tahan sabar. 
 
Tak lama selepas itu sekor gagak melintas, "wah hebat!, pastinya inilah raja kura-kura..! Kura-kura terus menjawab, "pastilah!". Terbuka mulut, kura-kura pun jatuh terhempas. 
 
Pengajaran cerita. Banyak orang tahan dikeji. Tapi tak ramai tahan dipuji.

 

No comments:

Post a Comment