Monday 28 June 2021

Ebit Lew ziarah penduduk perlu bantuan di Gaza

  
Tadi ziarah beberapa keluarga yang susah dan memerlukan di Gaza. Saya shoping barang keperluan, makanan, dan mainan anak-anak. 
 
Bila berbual saya tanya nama. Semua bagitahu nama masing-masing. 
 
Seorang ni tak jawab-jawab. Rupanya tak dengar dah lama. Sakit. Saya tanya ada bawa jumpa doktor. Ubat hanya ada di Mesir. Dan selepas itu perlu pembedahan di Tebing Barat. 
 
Saya terus ambil nama jenis ubat tu. Nanti akan minta team Malaysia yang akan masuk dalam masa terdekat bawa ubat tu. 
 
Comel sangat adik tu. Maknya sebak menangis bila dengar ubat tu akan dapat dalam masa terdekat. Team Malaysia yang akan masuk lagi akan dibawa Persatuan Palang Merah Palestin. 
 
Sebak bila anak kecil berlari-lari dan hanya ingin hidup yang tenang dan boleh majukan diri. 
 
Sukar peluang pekerjaan. Di bom sampai 3 kali. Hilang seorang demi seorang dalam hidup. 
 
Saya beri duit belanja dan hadiah buat keluarga yang diziarahi. Tak berhenti mereka doakan untuk kami. 
 
Penduduk Gaza lembut dan baik sangat. Sifat dan akhlak mereka benar-benar terpuji. 
 
FB: Ebit Lew

No comments:

Post a Comment