Sunday 2 February 2020

KEPUASAN DIY KEPERLUAN SENDIRI

Sekarang perkataan DIY sering disebut atau ditulis. Malah ada program televisyen menggunakan tajuk DIY. Perkataan ini semakin sinonim dan berkembang dalam masyarakat kita.

Namun ramai sebenarnya tidak memahami maksud perkataan ringkas DIY itu. Perkataan atau ringkasan abjad DIY ialah daripada perkataan do-it-yourself atau bermaksud 'buat sendiri'.

Tetapi maksud khusus bagi DIY ialah buat sendiri tanpa bantuan professional. Jadi, seseorang yang pakar atau mahir dalam bidang itu melakukan sendiri atau membuat sendiri, apa yang dilakukan itu tidak menepati maksud DIY sendiri.

Selalunya yang DIY ini menggunakan barangan terpakai atau barang yang ingin kita guna sendiri dan keluarga. Peralatan atau bahan untuk DIY menggunakan apa yang telah sedia ada atau membeli sekadar untuk melengkapkan 'projek' itu.

Kejayaan DIY bukan sahaja menjimatkan belanja, tetapi mengikut apa yang kita mahu dan kemampuan sendiri. Hasilnya memberi kepuasan peribadi yang amat bernilai.

Untuk DIY tidak sukar kerana ada panduan yang dikongsikan oleh orang lain. Sekarang banyak di media sosial atau web yang memberi panduan untuk DIY sesuatu objek atau menghasilkan sesuatu.

Apa yang penting ialah minat dan ketekunan untuk melakukannya. Berani mencuba dan tidak mudah rasa berputus asa. Jangan kecewa jika percubaan pertama gagal.

1 comment:

  1. Did you know there's a 12 word sentence you can speak to your crush... that will induce intense feelings of love and impulsive attractiveness for you buried within his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, treasure and protect you with all his heart...

    =====> 12 Words Will Trigger A Man's Desire Response

    This impulse is so built-in to a man's genetics that it will drive him to try better than ever before to love and admire you.

    Matter of fact, triggering this all-powerful impulse is so binding to achieving the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You will instantly notice him open his heart and soul to you in a way he haven't expressed before and he'll identify you as the one and only woman in the universe who has ever truly appealed to him.

    ReplyDelete