Pahang menyediakan kemudahan empat kawasan hentian rawat dan
rehat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi
pengguna menjelang Aidilfitri ini. LTU menjadi antara laluan utama ke negeri
Kelantan.
Pembinaan hentian itu dilakukan selepas menerima pelbagai
aduan pengguna yang berdepan kesukaran mendapatkan tempat sesuai untuk berhenti
rehat, menukar lampin bayi dan sebagainya di sepanjang LTU itu.
R&R sementara akan dibina di Bentong melibatkan
kedua-dua arah laluan, manakala masing-masing satu di Lipis dan Raub.
Kesemua hentian tersebut akan digunakan sementara menunggu
pembinaan R&R yang kekal. Ia lebih baik daripada tiada langsung. Sekurang-kurangnya
dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna LTU.