Sunday, 24 November 2024

IKAN DARAT MUSIM BANJIR

 
Ikan darat atau dikenali ikan air tawar banyak didapati musim banjir. Ikan akan keluar dari lubuk atau tempat tinggal asal dan “berpesta” di kawasan yang dipenuhi air ketika musim banjir.
 
Ikan-ikan itu biasanya bergerak ke tempat lebih terbuka untuk mendapat sumber makanan yang lebih banyak dan bergerak bebas berbanding tempat tinggal asal yang agak sempit.
 
Namun, kebebasan itu biasanya diambil peluang oleh peminat ikan darat untuk memukat, menjala, memacing atau menahan bubu, belat dan temila.
 
Ikan darat yang diperoleh biasanya dalam jumlah yang banyak dan tidak habis dimakan pemcarinya. Sebab itu, ikan darat itu dijual untuk mendapat pendapatan tambahan. Ikan darat itu dijual dalam keadaan masih hidup atau yang belum disiang. Ada juga yang dijual sial disiang dan digaul dengan garam berkunyit.

No comments:

Post a Comment