Thursday 2 November 2023

CARA PILIH BIJI SALAK BETINA

 
Tanam pokok salah perlu ada pokok betina dan pokok jantan. Untuk menjadi buah, bunga daripada pokok betina perlu didebungakan dari pokok jantan sama ada berlaku secara semula jadi atau dilakukan oleh penanam.
 
Maka itu, kedua-dua jantina pokok salak perlu ditanam di kawasan yang sama. Ketika semai biji perlu dikenal pasti biji jantan dan biji betina. Ini bagi memastikan jumlah pokok yang ditanam berkadaran mengikut apa yang sepatutnya.
 
Kalau ditanah dahulu tanpa mengenali jantina pokok, apabila besar baharu ingin ditebang pokok jantan yang terlebih bilangan, itu merugikan masa dan tenaga.
 
Cara memilih biji salak mengikut jantina adalah berdasarkan betuknya. Biji benih salak jantan berbentuk lebih kecil dan bersegi-segi. Manakala biji salak betina mempunyai saiz agak besar sedikit dan mempunyai satu permukaan dasar sahaja atau separuh bulatan.
 
Semaian biji perlu dikenal pasti biji jantan dan betina. Supaya bila menanam nanti, tak ditanam semua jantan atau semua betina.
 
Untuk tanam tepi rumah yang kawasan terhad, pilih satu jantan dan satu betina. Kalau hendak tanah lebih, satu jantan dan beberapa pokok betina.
 
Kalau nak tanam banyak, seeloknya dalam kadar 1 jantan : 5 betina.
 
Semoga bermanfaat.



Biji jantan 

No comments:

Post a Comment