Wednesday, 22 January 2020

DENDA KESALAHAN LEPAS TERNAKAN MERAYAU


Melepaskan bintang ternakan merayau-raya dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan adalah satu kesalahan. Setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai undang-undang kecil masing-masing untuk dikuatkuasakan. Namun, secara dasarnya ia sama di seluruh negara. Ini contoh undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis Daerah Pasir Putih (MDPP) Kelantan.

6. Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau 1981

- Undang-undang Kecil Lembu Kerbau Merayau telah diwartakan di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1981. Antara peruntukan yang termaktub dalam undang-undang kecil ini adalah seperti berikut:
- Tidak dibenarkan untuk menempatkan atau memelihara lembu/ kerbau tanpa mempunyai lesen kebenaran yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua MDPP.
- Yang DiPertua berkuasa untuk mengeluarkan lesen bagi kawasan jajahan MDPP untuk diwartakan sebagai tempat memelihara lembu/kerbau yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan Borang I Senarai Bersama.
- Setiap pemegang lesen harus mempamerkan lesen yang disahkan di tempat yang mudah dilihat untuk pemeriksaan oleh Pegawai Kesihatan dan Pagawai MDPP. 
- Setiap permohonan untuk menggunakan mana-mana tempat sebagai kawasan pemeliharaan lembu/kerbau harus mengisi Borang 2  Jadual Bersama.
- Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil ini harus menyatakan maklumata-maklumat seperti nama pemegang lesen, alamat dan lokasi premis, dan bilangan lembu/kerbau.
- Yang DiPertua berkuasa untuk membatalkan dan menggantung lesen selama tempoh mengikut budibicaranya terhadap pihak yang melanggar syarat-syarat dalam Undang-undang Kecil tersebut.
- Setiap lesen yang dikeluarkan mempunyai tempoh tamat pada 31 Disember pada tahun tersebut.
- Yang DiPertua berkuasa untuk menolak pembaharuan lesen yang dikemukan tanpa sebarang penjelasan.
- Individu yang menggunakan mana-mana tempat di kawasan Jajahan MDPP sebagai tempat memelihara lembu/kerbau tanpa lesen yang disahkan adalah menjadi kesalahan mengikut Undang-undang Kecil.
- Mana-mana lembu/kerbau yang merayau-rayau diluar dari pre,is yang berlesen, akan ditangkap atau ditembak oleh pihak berkuasa MDPP dengan kebenaran Yang DiPertua dan Setiausaha Majlis.  Seterusnya, lembu/kerbau tersebut akan di bawa ke pusat penyembelihan yang ditetapkan oleh MDPP.
- Tiada apa-apa pampasan yang akan diberikan kepada pemilik di atas tindakan penyembelihan terhadap lembu/kerbau mengikut peruntukan Perenggan (10) di bawah Undang-undang Kecil ini.
- Yang DiPertua dan Setiausaha atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa khas oleh Yang DiPertua MDPP boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan-kesalahan mengikut peruntukan Perenggan (10) di bawah Undang-undang Kecil ini melalui Borang 3 Jadual Bersama  dengan syarat:
- Mana-mana lembu/kerbau yang dirampas dan ditahan boleh dikembalikan semula kepada pemilik dengan bayaran kurang daripada RM 25 bagi setiap hari berserta dengan bayaran tambahan sebanyak RM 10 bagi seekor lembu/kerbau. Namun, bayaran ini akan digandakan sekiranya lembu/kerbau dirampas atau ditahan untuk kali yang seterusnya serta tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM 250 dan, 
- Manakala, bagi kambing dan biri-biri pula, bayaran yang akan dikenakan ialah sebanyak RM 15 bagi setiap hari dan bayaran tambahan sebanyak RM 5 sehari bagi seekor kambing Atau biri-biri.

7. Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983
- Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983 telah diwartakan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1976.  Undang-undang ini telah memperuntukkan kesalahan sekiranya, pemilik atau penjaga  haiwan yang membiarkan atau membenarkan haiwan  jagaanya merayau-rayau di tempat-tempat awam.
Pemberian kuasa menangkap, menahan, menembak dan menyembelih haiwan yang merayau-rayau adalah seperti berikut:
- Yang DiPertua, Setiausaha atau mana-mana pegawai MDPP yang diberi kuasa khas oleh YDP boleh menangkapatau menahan mana-mana haiwan yang merayau-rayau di tempat-tempat awam
- Sekiranya terdapat haiwan yang mengancam kesalamatan orang awam, ia boleh di tembak atau disembelih dan menghapuskan bangkai haiwan tersebut mengikut prosedur dan tempat yang ditetapkan oleh YDP dan Setiausaha MDPP.

No comments:

Post a Comment