Pondan, kedi,
lembut dan panggilan seumpama merujuk kepada lelaki yang bersifat ciri
perempuan. Terdapat tiga golongan kategori pondan, termasuk transexual (mereka
yang menjalani pembedahan menukar jantina), transvestite (mereka yang sekadar
berasa perlu berpakaian atau berkelakuan mengikut jantina berbeza) dan
homoseksual (mereka yang cenderung pada kaum sejenisnya).
Golongan yang dikategorikan
transvestite sekadar suka bergaya ala orang perempuan dan pada hakikatnya
mereka sedar dan masih ingin kekal sebagai lelaki.
Malah, sebahagian mereka dalam
tempoh tertentu akan kembali menjadi lelaki normal biarpun masih kelihatan
lembut, terutama apabila sudah berkahwin.
Transvestism ialah amalan
berpakaian dan berperangai yang bertentangan dengan jantina. Fenomina ini mula
berlaku sekitar tahun 1910an.
Perkataan transvestism mula
diperkenalkan oleh Magnus Hirschfeld yang bermaksud ‘berlawanan’ dengan norma
jantina, contohnya lelaki yang berminat berpakaian wanita dan sebaliknya.
Manakala anak yang dikategorikan
sebagai transexual pula bukan setakat suka beraksi seperti wanita tetapi
golongan ini menyimpan hasrat untuk menukar jantina.
Golongan ini adalah golongan
lelaki yang ingin menjadi wanita kerana berasa diri mereka terperangkap dalam
tubuh lelaki.
Mereka bencikan bentuk tubuh
mereka. 'Mereka ingin menghapuskan bulu-bulu di badan dan ingin mengencangkan buah
dada.
Golongan inilah yang cenderung
melakukan pembedahan untuk menukar penampilan mereka. Kajian rata-rata
menunjukkan tidak terdapat sebarang punca dari segi biologi dan ia dipercayai
mempunyai kaitan rapat dengan persekitaran seseorang.
Sebagai contoh, anak yang tidak
mempunyai seorang ayah sebagai contoh dalam keluarga atau ayah yang tidak
banyak terlibat dalam pembangunan anak dan keluarga boleh merangsang keadaan
sebegini.
Ada kalanya juga sesetengah ibu
bapa yang terlalu inginkan anak perempuan kemudian memilih untuk mengenakan
anak lelaki dengan pakaian anak perempuan juga boleh menjadi penyebab.
Apa yang masyarakat sekeliling
sedari ialah tentang kecenderungan kumpulan sebegini menjadi bahan usikan yang
sekali gus hanya akan membuat mereka berasa lebih sunyi dan ingin bersikap
tertutup. Adalah lebih baik untuk menghentikannya semasa anak itu masih
kecil.
Pun begitu, jangan lakukan secara
membabi buta. Lakukan secara berhemah. Perlu ada keseimbangan.
Nyatakan yang kelakuannya tidak dapat diterima dan dia perlu berubah. Bimbing
dan beritahu mereka perbuatan itu salah dan perlu dihentikan.
Sebagai contoh, jika anak itu
sengaja menggunakan suara lembut ketika bercakap-cakap, jangan mempedulikan
kata-katanya sehingga dia kembali menggunakan suara asalnya.
Sekiranya ibu bapa berasa sukar
untuk membantu anak kembali ke jantina asalnya, ada baiknya anak itu dibawa ke
doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
Manakala golongan homoseksual
pula individu yang sukakan kepada jantina yang sama. Contohnya lelaki yang
minat kepada lelaki dipanggil gay, manakala wanita yang cenderung kepada wanita
pula digelarkan lesbian.
No comments:
Post a Comment