Monday 29 January 2018

BERITA JADI BAHAN FITNAH


Sebarang laporan berita termasuk tajuknya perlu dihasilkan dengan bertanggungjawab sekali gus mengelakkannya menjadi fitnah dan modal pihak lain untuk mentohmah Islam.

Laporan berita khususnya berkaitan undang-undang keluarga Islam yang disensasikan hanya akan memburukkan lagi agama suci ini di mata golongan yang tidak faham.

Justeru, pengamal media haruslah berhati-hati menulis atau membuat laporan.

Contohnya dalam isu mengenai poligami yang keba­nyakan orang melihatnya hanya sebagai satu keseronokan. Kalau bercakap soal poligami tetapi tumpu sudut keseronokan, itu bukan cara Islam.

Ini akan menjadi tohmahan kepada Islam, apatah lagi apabila orang bukan Islam membaca tanpa memahaminya. Mereka tidak memahami mengenai poligami, khususnya yang diamalkan oleh Rasulullah.

Isu poligami pasti mendapat tentangan golongan wanita. Hakikatnya, itu adalah perkara dibenarkan dalam Islam. Lalu, perlulah dilakukan secara berhemat untuk tidak bersetuju bukan atas nama hukum tetapi melihat kepada perkara-perkara lain.

Sebarang silap laporan dalam akhbar ia akan jadi fitnah kepada Islam. Kita ingin mempromosikan Islam kepada orang lain dan bukannya menimbulkan pandangan negatif.

Isu perkahwinan adalah isu besar dalam Islam. Perkahwinan adalah sunah membina dan memenuhi keperluan tabie manusia mengikut apa yang ditetapkan hukum agama.

Islam ada fekah munakahat, yang wajib dipelajari semua umat Islam yang mukallaf. Ia bukan hanya meliputi hubu­ngan suami isteri tetapi merangkumi soal nafkah, pendidikan, fardhu ain, fardhu kifayah, dari hidup sampai mati.

Wednesday 24 January 2018

BANK PITIS KERAJAAN KELANTAN

Kerajaan Kelantan mempunyai bank khas untuk menyimpan wang perbendahaan negeri. Bank dikenali Bank Pitis adalah sebuah bangunan batu terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Bangunan Bank Pitis berbentuk empat segi sama dengan berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi.

Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889-1890).

Bank Pitis dibina khusus untuk menyimpan pitis (wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu. Kelantan menggunakan Pitih sebagai matawang sehingga tahun 1920.

Bank Pitis masih lagi kukuh dan utuh di tempat asalnya. Ia menjadi tarikan pelancong yang berada di Zon Warisan Budaya di Kota Bharu. 

Kedudukannya berhampiran dengan Istana Balai Besar, Istana Jahar, Muzim Islam, Bank Kerapu dan Masjid Muhammadi menjadikan bangunan bersejarah itu mudah dikunjungi. 

Tuesday 16 January 2018

Kegunaan tawas hilang bau badan

 
Tawas adalah kelompok garam berhidrat berupa kristal sebagai bahan yang mampu menghilangkan masalah bau badan secara alami.

Antara kegunaan tawas ialah;
- Untuk mengatasi masalah bau badan, terutama bawah ketiak.
- Mencerahkan kulit bawah ketiak dan celah paha.
- Melembutkan bahagian bawah ketiak dan celah paha.
- Menghilangkan bulu-bulu halus di badan.
- Mengurangkan rasa gata di bahagian badan.
- Antibakteria

Penggunaan tawas bukannya terus kerkesan 100 peratus. Kalau hendak mencerah kulit bawah ketiak dan melembutnya, perlu mengambil masa. Ia perlu diguna secara berterusan.

Namun tidak sukar untuk diamalkan. Niat untuk mencerahkan dan menghaluskan kulit bawah ketiak sebenar dilakukan bersama-sama tujuan untuk mengatasi masalah bau ketiak dan badan yang tidak menyenangkan.

Begitu juga untuk mengurangkan bulu ketiak, dapat dilakukan untuk tujuan menghilangkan bau badan, menghaluskan dan memutihkan bawah ketiak dan menghapuskan bakteria.

Jadi, ia memberi kesan berganda untuk pelbagai tujuan.

Cara penggunaan:
Tawas ketul digunakan dengan cara membersihkan kawasan yang ingin ‘dirawat’ atau membasahkan. Sebab itu, sesuai diamalkan selepas mandi. Tidak perlu lapkan kawasan yang ingin disapukan tawas. Basahkan tawas dan terus disapukan kepada bahagian berkenaan. Biarpun ia kering dengan sendiri.

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 


Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.



Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 



Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 



Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.


Saturday 13 January 2018

TABIKA KEMAS LAHIRKAN GENERASI HEBAT

Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Konsep Tabika Kemas ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.

Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.

Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur.

Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.

Tabika Kemas diperakui antara paling berkualiti dan paling ekonomik berbanding dengan kebanyakan kelas pendidikan prasekolah yang lain.

Kanak-kanak Tabika Kemas mendapat geran khas bagi membiayai pembelajaran mereka. Kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar bagi menyediakan kemudahan fizikal serta peralatan yg bermutu untuk Tabika Kemas.

Di Tabika Kemas menyediakan tenaga pengajar yang relevan berstatus diploma pendidikan prasekolah daripada IPTA bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Jabatan Kemas dari masa ke semasa akan terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Tabika Kemas.

Kurikulum yang digunapakai adalah Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan. Terbukti hari ini ramai "graduan" dari Tabika Kemas telah berjaya dalam meningkatkan kemajuan diri dan kerjaya masing-masing.

Ini adalah kesinambungan dari pendidikan awal mereka bermula dari Tabika Kemas. Janganlah ada yang memperlekehkan kewujudan dan kualiti Tabika Kemas kerana sejarah telah membuktikan kejayaannya. 

Thursday 4 January 2018

Khasiat guarana tambah tenaga, atasi kepenatan

 
Guarana adalah sejenis tumbuhan memanjat di dahan tinggi pokok besar yang berasal dari Lembah Amazon. Berdaun besar dan mengeluarkan gugusan buah berwarna merah bila masak. 
 
Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.  

Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan awet muda. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. 
 
Ia mudah diserap oleh badan dan cepat bertindak. 
 
Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin. Ia memberi harapan kepada pasangan inginkan zuriat.  
 
Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. Ia dapat membantu memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin. 
 
Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu dan mengecutkan semula rahim. 
 
Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan tidak selesa semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.
 
Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah tersumbat
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan.

Dapatkan produk berasaskan guarana. 
Klik pautan di bawah. 
Mudah cepat murah.

KHASIAT BUAH BETIK

Buah betik digemari ramai kerana rasanya yang sedap dan mempunyai kaya khasiat. Banyak kebaikan mengamalkan memakan betik.

Mengubati sembelit dan buasir. Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah,

Menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan.

Menjauhkan cacing pita. Bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

Mencegah batu karang. Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya.

Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Sebagai tonik tambahan. Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan.

Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

Merawat Hemoroid. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Kaya dengan vitamin C. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

Kaya dengan vitamin A. Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Kurangkan berat badan. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

Legakan sakit gigi. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

Menghentikan pendarahan. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

Mencegah penyakit kandung hempedu. Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu.

Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi.

Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.

Mengurangkan keradangan. Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain.

Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar.

Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus.

Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.

Membantu peredaran haid yang teratur. Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.

Merawat penyakit tekak. Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

Penawar masalah limpa. Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran.

Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini.

Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.