Tembikai hitam manis atau timun cino hitam
manis merupakan varieti tembikai semakin dikenali dan diminati. Dinamakan
tembikai hitam kerana kulitnya sedikit kehitaman atau hijau tua gelap. Namun, ia
tidak segelap tembikai hitam dari Jepun yang memang betul-betul hitam dan
harganya boleh mencecah kira-kira RM20 ribu sebiji. .
Biarpun, kulitnya hitam, tetapi isinya berwarna merah terang. Menariknya, isi tembikai hitam rasanya manis. Sebab itu ada orang memanggilnya dengan nama tembikai hitam manis.
Tembikai hitam manis jenis yang ada biji. Jadi, jika ingin mendapatkan benih, boleh beli buah dan kemudiannya diasingkan bijinya untuk dijadikan benih. Untuk mudah, boleh sahaja membeli benih secara dalam dalam talian atau di kedai input pertanian.
Cara menanamnya adalah sama seperti tembikai baka lain. Boleh ditanam di kawasa terbuka (ladang) atau di sekitar kawasan rumah. Sesuai juga untuk ditanam di dalam pasu.
Nikmati rasa manis tropika dengan setiap gigitan berair. Sesuai untuk hidangan yang sihat dan menghilangkan dahaga. Boleh juga dijadikan jus buah tembikai.
Harga sekilogram tembikai hitam kira-kira RM4 bergantung kepada kualiti atau gred.

Gambar bawah - tembikai hitam Jepun yang berharga RM20 ribu sebiji
No comments:
Post a Comment