Wednesday, 18 December 2024

MAKSUD “MACAI” DALAM KONTEKS POLITIK

 
Perkataan macai digunakan dalam konteks politik merujuk kepada penyokong individu yang menjadi penyokong setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  sejak zaman reformasi lagi.

Perkataan “macai” yang kerap digunakan oleh warga maya di media sosial tidak terdapat dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan belum diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu.
 
Macai dianggap individu yang sanggup menerima apa sahaja yang datang dari PKR atau Anwar biarpun dianggap sebagai dangkal dan menyalahi kebenaran. Sikap macai ini adalah gambaran kepada sikap walaun yang setiap kepada Parti Islam Se Malaysia )Pas) dan pemimpinnya.
 
Jadi, di media sosial, jenama macai dan walaun adalah merujuk kepada individu atau golongan yang setia dan menurut apa sahaja kenyataan pemimpin parti masing-masing.
 
Sebab itu, ada cadangan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar kerajaan memasukkan perkataan 'macai' dalam Kamus Dewan seperti yang dilakukan untuk perkataan 'ketimbang'. Perkataan macai itu dimaksudkan oleh PPBM ialah mengakui apa cakap Anwar Ibrahim.
 
Dengan kata lain perkataan macai dan walaun adalah dalam konteks politik yang tidak terdapat dalam pangkalan data DBP.
 
Namun, dalam konteks sejarah, perkataan macai pernah dianggap pantang besar di kalangan orang Melayu apabila berhubung dengan kaum Cina.
 
Dahulu, orang Cina di negara ini menyedari bahawa perkataan macai adalah pantang besar kepada orang Melayu. Ini kerana perkataan “ma” yang membawa maksud 'kuda', turut menjadi karekter yang digunakan dalam mengeja perkataan Melayu (Malai) dan Malaysia (Malaixiya). Maka perkataan “ma” telah menjadi kependekan yang sinonim dengan Melayu atau Malaysia.

Orang Melayu tidak suka dipanggil “malaicai” sebagai nama umum, sebaliknya ingin dipanggil dengan nama masing-masing.

Perkataan "cai" mengikut lidah Kantonis pula membawa maksud 'si kecil, si muda , atau binatang yang muda'. Slang Kantonis juga menggunakan perkataan ini untuk memberi maksud budak lelaki atau anak lelaki.

Maka, ringkasannya, perkataan macai itu sendiri membawa dua erti yakni pada bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, iala membawa maksud 'budak yang diperkudakan' manakala dari segi istilah, ia membawa maksud 'budak Melayu'. Penggunaan perkataan ini di Malaysia tidak memisahkan kedua-dua maksud ini.
 
Pada masa dahulu, bangsa Cina di negara ini amat berhati-hati dalam menggunakan perkataan macai kerana bimbang ia mengguris sensitiviti orang Melayu yang mengerti maksudnya. Namun, hari ini orang Melayu 'memacai' sesama mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment