Saturday, 10 September 2022

KONGSI SUASANA SEDANG MAKAN DI MEDIA SOSIAL

  
Banyak orang berkongsi gambar makanan, resipi atau suasana di restoran yang menunjukkan aktiviti makan-makan. Ya... gembira dapat makan-makan. 
 
Sanggup pergi ke mana-mana sahaja kedai makan yang telah tular menyediakan makanan sedap. 
 
Sanggup beratur panjang semata-mata tidak mahu melepaskan peluang membeli makanan yang telah tular. Tidak mahu mengalah. Orang lain sudah makan, maka dia juga ‘wajib’ makan. 
 
Tetapi.... tidak banyak orang berkongsi gambar kesan buruk akibat tidak kawal makanan. Makan tiada kawalan dan makan macam-macam adalah punca penyakit berbahaya. Kesannya tidak serta merta, tetapi mula menunjukkan kesan mengambil tempoh masa yang lama. 
 
Jaga makan. Jaga kesihatan. Bila kita sihat, kita akan lebih bahagia. Bahagia bukan disebabkan kita dapat makan apa yang ingin dimakan. Bahagia itu di hati. 
 
Bahagia sebenar adalah kita mengetahui telah melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada diri, dan menjauhkan diri daripada makanan yang mendatangkan kesan buruk.

No comments:

Post a Comment