Orang
kuat berangan dipanggil Mat Jenin. Sesiapa digelar Mat Jenin melambangkan
sekadar kuat berangan-angan yang tidak dapat ditunaikan. Justeru, tiada
siapa suka dirinya dipanggil Mat Jenin.
Peribahasa 'angan-angan Mat Jenin' bermaksud
orang yang kuat berangan-angan yang tidak menjadi kenyataan diambil dari kisah
penglipurlara bertajuk Mat Jenin.
Sebenarnya ada pengajaran atau nilai baik
berkaitan kisah Mat Jenin jika dilihat dari sudut positif.
Mat Jenin digambarkan sebagai pemuda yang rajin. Dia sanggup melakukan apa
sahaja pekerjaan asalkan mendatangkan rezeki. Kerja yang sering dilakukan oleh
Mat Jenin ialah sebagai pemanjat pokok kelapa untuk menyara hidupnya sebatang
kara.
Sebenarnya, jika dihalusi cerita Mat Jenin,
ada unsur yang sepatutnya dijadikan contoh. Untuk melihat kebaikan atau contoh
baik sikap Mat Jenin, di sini diperturunkan sebahagian cerita ‘Angan-angan Mat
Jenin’ yang biasa diceritakan.
Dikisahkan, sambil memanjat pokok kelapa,
Mat Jenin berangan-angan apa akan dibuat dengan upah yang diterima, “....
duitnya aku akan gunakan untuk membeli telur ayam.
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan
membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing
pula...’
Begitulah angan-angan Mat Jenin ketika
sedang memanjat pokok kelapa sehinggalah dia menjadi kaya dan berkahwin dengan
anak raja. Tetapi dia mati terjatuh dari atas pokok kelapa kerana terlepas
pegang pelepah kelapa disebabkan tidak tahan geli digeletek isterinya.
Permulaan cerita cukup bermakna menunjukkan
sikap seorang anak muda yang mempunyai rancangan teliti untuk menjadi kaya. Dia
tidak hanya berangan-angan duduk di bawah pokok, sebaliknya dia memanjat pokok
kelapa untuk mencapai impiannya.
Mat Jenin sepatutnya dianggap ahli fikir
dan perancang yang patut dicontohi. Dia tidak mimpikan kekayaan dengan mudah.
Sebaliknya dia berusaha dari peringkat rendah dan setiap peringkat
perancangannya boleh diterima akal.
Upah memanjat pokok kelapa sememangnya
kecil, tetapi cukup untuk membeli beberapa biji telur ayam untuk diramkan. Itu
satu akal dan perkiraan bijak.
Jika Mat Jenin tidak bijak, tentu angan-angannya tersasul kepada perkara tidak
lojik, seperti berkahwin dengan anak raja dengan hasil upah memanjat pokok
kelapa itu.
Mat Jenin membuat perancangan baik. Memikir
secara lojik apa yang perlu dilakukan. Dia tidak terburu-buru dan mengharapkan
sesuatu tanpa berusaha. Dia berkerja sambil merancang untuk mendapat lebih baik
lagi.
Dalam cerita itu disebut Mat Jenin
berangan-angan. Kononnya perbuatan itu sia-sia sahaja. Itulah sikapnya
kita. Bila disebut angan-angan, maka dikatakan kosong.
No comments:
Post a Comment